PEMBACA BLOGKU

Bingkisan Kehidupan

Friday, March 18, 2011

-Lihat pada yang memberi-


Go to fullsize image

Suatu ketika di sebuah Negara  terdapat seorang raja yang memiliki sebuah pemerintahan yang dikagumi. Memiliki tentera yang gagah perkasa dan tidak terlawan, pertanian yang subur dan sistem ekonomi yang sentiasa stabil bahkan kerana sumber bumi yang tidak putus-putus menyebabkan kerajaan ini tidak gusar memikirkan permasalahan berkenaan kemiskinan rakyat. Hal ini menyebabkan musuh sentiasa menggeruni kerajaan ini. Namun sebagaimana hebatnya segala sistem ,maka hebat lagi si perlaksana sistem. Di sebalik lakon layar kerajaan ini terdapat seorang pemimpin (raja) bersama penasihat-penasihat yang dikagumi idea dan buah fikirannya. Namun disebalik kemakmuran kerajaan ini terdapat sedikit kepincangan dikalangan penasihat-penasihat yang menganggap di satu sudut raja tidak berlaku adil terhadap mereka dikalangan penasihat-penasihat. Perkara ini tidak berhenti dibualan mulut penasihat sahaja bahkan disedari oleh rakyat jelata. Masakan tidak raja dilihat memiliki sifat pilih kasih dan tidak memberikan layanan yang setara dikalangan penasihat-penasihat. Raja memberikan layanan yang khas kepada Jenaral Hakimi iaitu salah seorang penasihat yang dicemburui oleh penasihat-penasihat yang lain. Hal ini kerana apabila berlaku sesuatu musibah atau bencana pada kerajaan ini maka raja akan meminta idea  Jenaral Hakimi mendahului penasihat yang lain dan kebiasaanya ideanya akan diterima walaupun tidak seberapa. Sekiranya terdapat majlis2 yang disertai raja maka Jeneral Hakimi akan didudukan paling berdekatan dgn raja dan ditempat yg khusus. Tidak cukup dengan itu raja juga memberikan gaji yang lebih lumayan berbanding penasihat2 yg lain dan  bonus yang berganda walaupun kerja yg dilakukan lebih kurang sama dengan penasihat2 lain. Kediaman Jeneral Hakimi juga seolah-olah istana kedua dalam kerajaan tersebut (kurang cantik sikit dr istana raja). Anak2nya dibenarkan bergaul dgn anak2 raja sedangkan hanya orng tertentu sahaja yang boleh menghampiri anak2 raja dan meraka (anak2 Jeneral Hakimi) mendapat pendidikan khas. Jadi timbul persoalan apakah sebabnya fenomena ini berlaku? Adakah Jeneral hakimi telah memukau raja dgn ilmu kesaktian? Sekiranya   ya ,kenapa ahli nujum negaranya tidak mengambil tindakan?.sekiranya kerana dia sering memberi idea yg bernas tidak juga kerana kekadang ideanya seolah-olah kebudak-budakan. Sekiranya dia seorang panglima tentera berpangkat Jeneral maka ada lagi yang lebih tinggi dr itu. Sekiranya dia paling banyak pengalaman jika dibilang dia adalah penasihat termuda Negara. Oleh kerana tidak tetahan dgn kecemburuan yg membuak-buak,penasihat2 menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka kepada raja. Raja seorang yang adil mendengar aduan kepadanya panjang lebar.
Maka dengan bersahaja raja itu tersenyum sambil berkata “esok aku akan uraikan persoalan kamu itu” .Penasihat2 itu berasa puas hati sambil tidak sabar menantikan terurainya persoalan dibenak fikiran. Keesokan harinya raja memanggil semua penasihat2nya temasuk YANG DICEMBURUI (Jeneral Hakimi).setibanya meraka mengadap raja,pandangan mereka menjadi kaget melihat raja dengan  pakaian seolah tukang masak sedang mengupas epal hijau.melihat pemandangan tersebut salah seorang mereka bertanya “kenapa tuanku berkeadaan begini ?”. Raja hanya tersenyum dan mengarahkan dgn isyarat duduk kepada mereka.semua mereka duduk dikerusi berhadapan raja sambil menanti aksi seterusnya yg bakal raja pamerkan.Maka dgn tidak semena-mena raja memotong epal hijau itu dengan jumlah bilangan penasihat2nya sambil bangun dan menyuapkan potongan2 epal hijau itu kemulut penasihat dgn tangannya sendiri seorang demi seorang.Tanpa ditolak mereka membenarkan suapan itu berlak, setelah selesai menyuap semua penasihat2nya raja tersebut memerhati mimip dan reaksi muka mereka.ternyata sangkaan raja tepat semua meraka mempamerkan wajah yg tidak selesa dan mimip muka yg menggambarkn tidak tertahan dgn kemasaman epal hijau itu.raja tersenyum melihat pemandangan reaksi wajah penasihat2nya.namun seketika raja menjadi kaget dgn seorang penasihat(Jeneral Hakimi) yg tetap tersenyum bahkan bertambah seri diwajahnya seolah-olah baru mendapat satu kenikmatan yang tiada taranya. Keadaan ini bukan hanya disedari oleh raja bahkan semua penasihat2 menyedari keanehan itu.raja bertanya “wahai penasihat ku kenapa kau tersenyum bukankah epal itu masam?”
Dengan penuh keyakinan Jen Hakimi menjawab “wahai tuaku epal hijau yg tuanku suapkn ini memang masam bahkan buah inilah yg paling ku benci namun aku tersenyum kerana tersangat gembira pada hari ini orang yang aku kagumi dan paling aku sayangi telah menjemput ku di majlis yg khas ,bukan itu saja bahkan aku telah diberi sesuatu dgn tanganya sendiri. Aku tidak kisah ape yang diberi xpi aku melihat siapa yang memberi. Oleh kerana tuanku orng yag aku sayangi apa benda buruk yg tuaku bg itu ku anggap terlalu baik.”