PEMBACA BLOGKU

Bingkisan Kehidupan

Tuesday, November 29, 2011

-RAJA-




Seorang Pemerintah hanya dapat dilihat keagungannya melalui ketaatan rakyat kepadanya.Namum kredibiliti seorang Pemerintah akan tergugat apabila rakyatnya mula melanggar dan tidak taat kepadanya.Ia suatu formula yang mudah untuk difahami,cuba  anda bayangkan sekiranya seorang sahaja pembesar berpaling tadah kepada rajanya melalui  penyebaran maklumat rahsia kerajaan kepada musuh Negara.Kemungkinan Negara itu akan mudah dijajah dan Raja itu akan hilang kuasa.Contoh mudah yang lain,sekiranya semua rakyat membenci kepada Raja dan membuat keputusan untuk menggulingkan Raja itu,sesuatu yang tidak mustahil bila-bila masa sahaja Raja tersebut akan turun tahta dalam keadaan suka mahupun terpaksa.


RAJA YANG AGUNG = RAKYAT YANG TAAT KEPADANYA



Namun  formula ini tidak dapat digunakan untuk Raja pemerintah langit dan bumi,pencipta segala yang mampu dilihat dan yang tak mampu dilihat,Raja bagi segala Raja-Raja.
Terkadang kita tefikir bahawa dengan ketaatan kepadaNya bermakna kita telah memberi  kemulian kepadaNya.Perlu di ingat bahawa melalui solat wajib dan solat-solat sunat,berzikir,membaca Al-Qur’an,berdakwah,mentaati segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya bukanlah menandakan kita telah memberi  manfaat atau menambah kemulian kepadaNya bahkan kita yang telah diberi manfaat dariNya.Mungkin agak sukar untuk di fahami di sini kerana formula tadi telah berubah.

RAJA YANG MAHA AGUNG = RAKYAT  TAAT KEPADANYA + RAKYAT LANGGAR PERINTAHNYA


Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang aneh dan sukar untuk diterima akal,namun secara logiknya ia sangat releven kerana hanya Raja yang tidak pernah tergugat kedudukanya dalam apa-apa situasi sahaja yang layak digelar Raja yang teragung.Tetapi agak pelik dengan kenyataan menggapa kita pula yang ambil manfaat atas ketaatan yang kita berikan kepada seseorang??

Kita merupakan suatu ciptaan yang terbaik,paling canggih dan mengagumkan yang pernah diciptakan oleh pencipta yang teragung.Apabila seorang pencipta mencipta sesuatu benda sudah pasti yang paling memahami keperluan benda yang diciptakan itu ialah pencipta itu sendiri.




 Sebagai contoh seorang pencipta telah mencipta sebuah kereta baru yang bakal diberi nama proton inspira,segala keperluan,ciri susun atur,dan cara yang terbaik untuk menggunakan kereta itu sudah pastinya paling diketahui oleh si pencipta itu menandingi yang lain.Apabila seseorang membeli kereta itu,manual penggunaan turut sama akan diberikan kepadanya bagi memastikan ia menggunakan mengikut keinginan dan cara yang ditetapkan oleh pencipta itu sendiri.Sekiranya pengguna tadi mengikut arahan si pencipta kereta itu melalui ketaatan kepada arahan manual penggunaan semestinya yang mendapat manfaat penggunaan adalah pengguna itu sendiri kerana kereta itu akan berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah dirancang.Namun sekiranya pengguna itu tetap berdegil dan tidak mahu mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh si pencipta,misalnya pencipta mengarahkan pengguna hanya mengisi minyak petrol namun kerana tidak mahu taat pengguna mengisi air di dalam tangki minyak kerana ia menggapnya lebih baik dan lebih jimat dari mengisi minyak petrol,hasilnya kereta itu tidak berfungsi  dan menyusahkan si pengguna itu sendiri .jadi disini dapat dilihat misalan bahawa pencipta tadi tidak dapat apa-apa manfaat kemuliaan dan kehinaan melalui ketaatan dan ketidaktaatan pengguna pada arahan si pencipta.Pencipta tetap dengan kemuliaan dan kehebatanya mencipta.

Diri kita dicipta penuh oleh ALLAH swt dan kita sedikit pun tidak mengambil bahagian dalam penciptaan diri kita sendiri.Kita adalah ciptaan terbaik pernah ALLAH swt hasilkan menandingi langit,matahari,bulan,bintang,jin dan para malaikat.Oleh kerana itu hanya ALLAH swt sahaja yang paham segala keperluan hidup kita,kita hanya memandu melalui manual penggunaan (Al-qur’an),tidak hanya sekadar itu Maha Pengasihnya ALLAH swt pada kita ia turut juga menghantar pemandu yang hebat (RASULULLAH saw) agar kita dapat meniru cara pemanduan yang baik darinya.



DIALAH ALLAH RAJA SEGALA RAJA

Tuesday, November 22, 2011

-SYUKUR-





Syukur  boleh di ibaratkan sesuatu  natijah atau kesan pemberian suatu pihak kepada pihak yang lain.
Contoh mudah disini Yasin fitri memiliki seorang sahabat yang sangat rapat,satu ketika Yasin fitri telah berpeluang untuk keluar negara.sebagaimana kebiasaan orang yang keluar negara pasti akan membawa pulang buah tangan ataupun “ole-ole” dari negara yang dikunjungi dan sering kali hanya orang2 yang penting   sahaja yang tersenarai dalam senarai yang bakal menerima buah tangan tersebut kerana ia terhad dan sukar untuk dibawa pulang. Jadi oleh kerana Yasin fitri memiliki seorang sahabat yang sangat rapat dan penting dalam hidupnya ,maka dia telah membeli sehelai baju buatan tangan yang hanya terdapat di negara tersebut.
Setibanya ditanah air Yasin bergegas kerumah sahabatnya untuk memberi buah tangan yg istimewa buat sahabatnya yg teristimewa.Setelah sahabatnya menerima buah tangan tersebut mimip muka berubah seakan mempamerkan perasaan gembira melhat keadaan itu Yasin fitri turut sama gembira,setelah sahabatnya memakai pakaian itu sendiri ,ternyata saiz baju tersebut tepat dan sangat padan dengan susuk tubuh sahabatnya.Bertambah gembira sahabat tadi terus memuji-muji Yasin fitri,terasa suatu nikmat di kalbu Yasin fitri mendengar pujian bertalu-talu sahabatnya itu kepadanya.

Selang beberapa hari Yasin fitri kembali berkunjung kerumah sahabatnya itu,apabila ingin melangkah masuk kerumah sahabatnya dia terkejut melihat baju pemberianya tempoh hari telah dijadikan alas kaki.Melihat keadaan demikian Yasin fitri bertanya pada sahabatnya kenapa berbuat demikian, dengan tenang dan yakin sahabatnya menjawab aku “aku rasa corak dan kain ini sesuai untuk dijadikan lap kaki.”  Bergegar hati yasin mendengar jawapan sedemikian sambil berkata “tapi aku beli dan hadiahkan untuk kau pakai.” Sekali lagi dgn selamba sahabatnya menjawab “alah ko dah bagi jadi baju tu dah jadi kepunyaan aku,suka hati aku la nak guna macamana.”.mendengar jawapan itu Yasin fitri terus meninggalkan sahabatnya itu. Sejak peristiwa itu apabila keluar negara dia tidak lagi membelikan buah tangan untuk sahabatnya itu.

##################################################################################

Hak-hak syukur  tidak hanya tertunai dengan kita hanya memuji si pemberi atau pun menunjukkan expresi gembira pada wajah.Ia hanya dapat tertunai dengan hanya disertakan sekali penggunaan yang betul atau tepat pada barang yang diberi itu.

Kita tidak pernah membuat tempahan untuk memiliki sepasang tangan,sepasang kaki,sepasang telinga,sepasang mata,sepasang lubang hidung,dan mulut ketika dilahirkan. Kita juga tidak pernah menerima bil daripada syarikat oxygen negara atas berjuta-juta hirupan udara yang kita perolehi.jadi ini bermakna,semua benda itu telah diberi  atas dasar hadiah pada kita.Namun sedar tak sedar setiap hari kita telah melukakan hati si pemberi hadiah itu melalui penggunaan yang salah atas hadiah yang tidak ternilai itu.