PEMBACA BLOGKU

Bingkisan Kehidupan

Thursday, June 7, 2012

MaSa





Masa terlalu pantas berlalu,semakin cepat dan cermat  kita mengunakanan masa ,terasa semakin pantas masa berlalu.Antara perkara yang sering diungkapkan oleh ahli motivasi untuk seseorng itu berjaya maka perlulah bijak untuk mengurus masa.Timbul kata-kata nasihat “jika anda gagal mengurus masa maka anda merancang untuk gagal”. Ia sesuatu yang boleh dikatakan tepat.Namun pernahkah kita bertanya apakah definisi masa? Dan apa itu masa? Berbagai definisi dikeluarkan namun masih gagal untuk menjelaskan apa itu masa.Sekiranya kita beranggapan masa itu adalah 24jam,maka itu bukanlah sesuatu definisi yang tepat kerana sekiranya saya menambah satu lagi angka dalam sistem waktu sehingga menjadi 13,maka saya boleh mengubah definisi masa iaitu 26jam dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan definisi saya terhadap masa kerana saya telah mengubah jam saya supaya memiliki 13 nombor dan saya masih mengalami waktu siang dan malam seperti orang yang menguna 12 nombur di jamnya.(sekirnya tidak faham baca sekali lagi sehingga faham).


Jadi apa sebenarnya masa?bagaimana masa itu bergerak? Dan adakah masa berubah mengikut peredaran zaman?

Seorang pak cik lingkungan 50an pernah berkongsi  kisah-kisah zaman beliau kecil,sangat menyeronokkan kerana seperti terlalu banyak perbezaan antara zamannya dan zamanku sewaktu kecil.Antara yang menarik yang cuba dikongsi ialah sewaktu beliau belum bersekolah dia sentiasa membantu ibunya menghidupkan api menggunakan kayu api yang dipunggut,apabila api telah dihidupkan dia akan bermain sementara ibunya memasak mengunakan api tadi,selesai memasak dia dan ibunya akan menghidangkan makanan sambil menunggu kepulangan abang dan kakaknya dari sekolah untuk menjamu selera bersama.Selang beberapa waktu teknologi telah berkembang maka dia tidak perlu lagi perlu mencari kayu api dan bertungkus-lumus menghidupkan api kerana keluarganya telah memiliki dapur minyak tanah yang tidak memerlukan kayu api lagi.Namun dia menjadi hairan kerana  sebelum memakai dapur minyak tanah ibunya sempat menyediakan juadah sebelum abang dan kakaknya pulang dari sekolah tetapi setelah menggunakan dapur minyak tanah, belum sempat ibunya menyediakan juadah abang dan kakaknya telah pulang kerumah dan sempat menunggu seketika untuk ibunya menyiapkan juadah.Dia menjadi hairan sepatutnya makin banyak masa terluang kerana tidak perlu mencari kayu dan bersusah payah menghidupkan api dengan memakan masa yang lama.Masa dirasakan semakin cepat berlalu.


Begitu juga ayahku sering bercerita sewaktu beliau kecil dia akan pergi ke sekolah berjalan kaki dan melalui jalan tanah merah.Sebelum pergi sekolah beliau akan singgah ditepi parit dan mengambil biji teratai untuk dimakan.Apabila balik sekolah pula beliau akan pergi memancing seketika,mandi di parit dan mengulangkaji pelajaran.maka aku pun memerhati semula jarak rumah arwah nenek dan sekolah rendah ayahku.Jaraknya bagiku sangat jauh  dan meletihkan sekiranya hanya berjalan kaki.aku menjadi hairan sewaktu aku bersekolah rendah aku menaiki basikal ke sekolah namun tiada pula ada waktu untuk memancing dan sebagainya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 Sejauhmana bijak manusia dan hebatnya teknologi yang dicipta untuk menjimatkan masa ia tetap tidak akan berhasil  kerana hakikat yang memiliki dan mentadbir masa adalah ALLAH swt .Sekiranya ALLAHswt berkeinginan memberi masa yang berkat kepada seseorang maka walau sejauh manapun teknologi dari zamannya, ia akan tetap dapat mengisi masa dengan bermacam-macam perkara.
Saidina Othman radiallahanhu pernah mengkhatamkam Al-Quran  dalam hanya satu malam dalam 2 rakaat solah sunatnya.Sesuatu yang mustahil pada sudut  akal untuk mengkhatamkan al-quran dalam masa  satu malam sahaja.Sekiranya pada hari ini seorang yang paling cekap membaca al-quran membaca dengan pantas belum tentu dapat mengkhatamkan Al-Quran dalam 1 malam,dan mustahil Saidina Othman radiallahanhu akan membaca al-quran dengan tergesa-gesa,sudah semestinya tabiat orang-orang soleh untuk membaca Al-Quran dengan tajwid dan  tartil.

Keberkatan masa bergantung kepada hubungan antara  seseorang dengan pencipta dan pentadbir masa tersebut.Masa kita akan berlalu dan akan diisi oleh kita dengan berbagai-bagai himpuna perasaan seperti gembira,sedih ,bahagia sensara,dengki,cemburu,dendam,tertawa,tangis,bangga ,rendah diri,cinta,rindu,benci,dan berbagai lagi.
Masa akan berlalu dan hanya membawa perasaan-perasaan tersebut.Apabila telah tercipta sesuatu perasaan pada masa tertentu maka ia tidak akan boleh dipadam semula.Sebagai contoh pada sekian “masa” anda berasa gembira kerana bermain kambing bersama abang anda,perasaan tersebut akan terus terukir masa tersebut dan walaupun telah bertahun-tahun berlalu sekiranya terkenangkan “masa” tersebut pasti terukir kembali senyuman gembira kerana perasaan gembira telah disimpan (save permanently) dalam masa tersebut.begitu juga sekiranya pada sekian “masa” anda berasa sedih kerana kematian abang anda.maka perasaan itu akan terus disimpan pada “masa”tersebut.sekiranya pada masa akan datang anda sedang gembira namun secara tiba-tiba terimbau “masa” kematian abang anda,kesedihan itu akan kembali berputik.

Oleh itu sangat penting untuk menyimpan perasaan yang baik dalam kotak-kotak masa anda.perasaan yang baik tidaklah semestinya gembira,bahagia,tertawa  sahaja,namun sedih ,cemburu,tangis juga akan menjadi perassan yang baik untuk disimpan dan dikenang sekiranya ia adalah untuk agama islam.nabi MUHAMMAD saw sering menangis,sedih,dan risau untuk umatnya kerana agama,namun Baginda saw telah mengukir sejarah masa yang teragung dalam tamadun dunia,begitu juga halnya pengikut2 Baginda saw yang ikhlas (sahabat2 radhialahanhum) telah mengalami berbagai-bagai ujian kesedihan dan kemiskinan.namun masih tetap mengukir masa yang terhebat yang mustahil dapat dibina oleh mana-mana kaum yang bertamadun dalam sejarah manusia dan terus segar bernyawa hingga kini.ini kerana mereka Berjaya mengukir “kotak masa “ mereka seiringan dengan islam dan perjuangan islam.semoga ALLAH swt ukir masa kita masa yang dipenuhi dengan perasaan2  yang tercipta kerana islam…