PEMBACA BLOGKU

Bingkisan Kehidupan

Tuesday, November 29, 2011

-RAJA-




Seorang Pemerintah hanya dapat dilihat keagungannya melalui ketaatan rakyat kepadanya.Namum kredibiliti seorang Pemerintah akan tergugat apabila rakyatnya mula melanggar dan tidak taat kepadanya.Ia suatu formula yang mudah untuk difahami,cuba  anda bayangkan sekiranya seorang sahaja pembesar berpaling tadah kepada rajanya melalui  penyebaran maklumat rahsia kerajaan kepada musuh Negara.Kemungkinan Negara itu akan mudah dijajah dan Raja itu akan hilang kuasa.Contoh mudah yang lain,sekiranya semua rakyat membenci kepada Raja dan membuat keputusan untuk menggulingkan Raja itu,sesuatu yang tidak mustahil bila-bila masa sahaja Raja tersebut akan turun tahta dalam keadaan suka mahupun terpaksa.


RAJA YANG AGUNG = RAKYAT YANG TAAT KEPADANYA



Namun  formula ini tidak dapat digunakan untuk Raja pemerintah langit dan bumi,pencipta segala yang mampu dilihat dan yang tak mampu dilihat,Raja bagi segala Raja-Raja.
Terkadang kita tefikir bahawa dengan ketaatan kepadaNya bermakna kita telah memberi  kemulian kepadaNya.Perlu di ingat bahawa melalui solat wajib dan solat-solat sunat,berzikir,membaca Al-Qur’an,berdakwah,mentaati segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya bukanlah menandakan kita telah memberi  manfaat atau menambah kemulian kepadaNya bahkan kita yang telah diberi manfaat dariNya.Mungkin agak sukar untuk di fahami di sini kerana formula tadi telah berubah.

RAJA YANG MAHA AGUNG = RAKYAT  TAAT KEPADANYA + RAKYAT LANGGAR PERINTAHNYA


Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang aneh dan sukar untuk diterima akal,namun secara logiknya ia sangat releven kerana hanya Raja yang tidak pernah tergugat kedudukanya dalam apa-apa situasi sahaja yang layak digelar Raja yang teragung.Tetapi agak pelik dengan kenyataan menggapa kita pula yang ambil manfaat atas ketaatan yang kita berikan kepada seseorang??

Kita merupakan suatu ciptaan yang terbaik,paling canggih dan mengagumkan yang pernah diciptakan oleh pencipta yang teragung.Apabila seorang pencipta mencipta sesuatu benda sudah pasti yang paling memahami keperluan benda yang diciptakan itu ialah pencipta itu sendiri.




 Sebagai contoh seorang pencipta telah mencipta sebuah kereta baru yang bakal diberi nama proton inspira,segala keperluan,ciri susun atur,dan cara yang terbaik untuk menggunakan kereta itu sudah pastinya paling diketahui oleh si pencipta itu menandingi yang lain.Apabila seseorang membeli kereta itu,manual penggunaan turut sama akan diberikan kepadanya bagi memastikan ia menggunakan mengikut keinginan dan cara yang ditetapkan oleh pencipta itu sendiri.Sekiranya pengguna tadi mengikut arahan si pencipta kereta itu melalui ketaatan kepada arahan manual penggunaan semestinya yang mendapat manfaat penggunaan adalah pengguna itu sendiri kerana kereta itu akan berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah dirancang.Namun sekiranya pengguna itu tetap berdegil dan tidak mahu mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh si pencipta,misalnya pencipta mengarahkan pengguna hanya mengisi minyak petrol namun kerana tidak mahu taat pengguna mengisi air di dalam tangki minyak kerana ia menggapnya lebih baik dan lebih jimat dari mengisi minyak petrol,hasilnya kereta itu tidak berfungsi  dan menyusahkan si pengguna itu sendiri .jadi disini dapat dilihat misalan bahawa pencipta tadi tidak dapat apa-apa manfaat kemuliaan dan kehinaan melalui ketaatan dan ketidaktaatan pengguna pada arahan si pencipta.Pencipta tetap dengan kemuliaan dan kehebatanya mencipta.

Diri kita dicipta penuh oleh ALLAH swt dan kita sedikit pun tidak mengambil bahagian dalam penciptaan diri kita sendiri.Kita adalah ciptaan terbaik pernah ALLAH swt hasilkan menandingi langit,matahari,bulan,bintang,jin dan para malaikat.Oleh kerana itu hanya ALLAH swt sahaja yang paham segala keperluan hidup kita,kita hanya memandu melalui manual penggunaan (Al-qur’an),tidak hanya sekadar itu Maha Pengasihnya ALLAH swt pada kita ia turut juga menghantar pemandu yang hebat (RASULULLAH saw) agar kita dapat meniru cara pemanduan yang baik darinya.



DIALAH ALLAH RAJA SEGALA RAJA

4 comments:

  1. assalamualaikum encik :)

    saya suka ayat encik ni;

    kita hanya memandu melalui manual penggunaan (Al-qur’an. siap ada pemandu khas lagi. tapi hari ni, dua elemen penting tak sume nak guna kan..?

    orang kita hari ni ada yang dah tersalah pemimpin agung. tak sedar yang kita ni ada pemimpin teragung yang mutlak kan. :)

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumsalam sar
    ya benar..kdang2 bukan org xnak guna xpi xsedar perlu guna..

    erm sume org perlu dan ingin mencari role model,cume kita kdang2 jarang nak mempromosikan role model islam pada dunia..

    doakan saya,saya pun msih tak termampu nak
    mempromosikannya..

    ReplyDelete
  3. satu entry yang menarik...memberi analogi yang sangat mudah di fahami.. insyaAllah...kalau kita menggunakan manual(Al-quran) itu sebaik mungkin.. insyaAllah, kita tak akan tersalah@tersasar...
    sama-sama kita mengamalkan apa yang terkandung dalam manual(Al-quran) yang diberi oleh Pencipta..

    selamat beramal..

    ReplyDelete
  4. salam m@w@r berduri,
    xdela menarik sgt pun.sekadar mengeluarkan tamsilan yg mudah utk difahami.paling penting mudah2an penulis sendiri dapat amalkan manual(Al-qu'ran) itu...

    ReplyDelete