PEMBACA BLOGKU

Bingkisan Kehidupan

Tuesday, October 16, 2012

-MiSkiN BuKaNLah KeGaGaLaN-





Satu masa Aisyah ditanya dimanakah Nabi SAW menyimpan pakaian?

Maka jawab Aisyah Nabi SAW tidak berpeluang untuk menyimpan dalam almari dan peti. itu hanya untuk orang ada banyak pakaian. Nabi Hanya ada 2 pakaian sahaja. Satu basuh dan satu dipakai.

Satu masa Bilal RA dan sahabat menunggu Nabi SAW untuk solat. Tetapi Nabi SAW tidak keluar lagi. Maka Bilal memanggil Nabi SAW. Maka jawab Aisyah RA, demi ALLAH sesungguhnya, Nabi SAW menunggu pakaiannya untuk kering.

Lihat seorang kekasih ALLAH. bagaimana dengan kita? Malah kita memandang rendah pada orang yang berpakaian agak kurang berjenama dan tidak pandai bergaya.

Kenapa begitu?

Adakah seorang yang ada rumah besar banglo, kereta besar mewah, pakaian yang mahal dan berjenama, makanan yang sedap-sedap, pangkat besar-besar akan masuk syurga teratas nanti kerana benda ini?

Adakah seorang yang miskin, rumah pondok, baju buruk, makanan tiada, kerja buruh kasar, akan masuk neraka paling dalam kerana ini?

Bukan begitukan? janganlah kita diperdaya dalam dunia ini. Wahai hati tengoklah dalam-dalam dan sejelasnya.

Jika harta,pakaian, rumah dan kenderaan jadi ukuran pastinya Nabi Muhammad SAW akan merasai dan mengecapi semua ini dahulu dari orang lain.

Janganlah kita ditipu dunia ini sehingga melupakan akhirat kita. Masa akan berlalu bagi semua orang walaupun dia tinggal dibawah jambatan sekalipun, dalam istana sekali pun. Masa ini akan berlalu.

Ingatan untuk diriku ini yang lupa janganlah diperdaya oleh dunia ini. Wahai ALLAH ampunkan dosa-dosaku ini.



6 comments:

  1. entri yang menari..ya..Rasulullah lah sebaik2 ikutan..sungguh xde yang paling terbaik..
    dunia hanya jambatan ke akhirat..
    truskan menulis untuk agama..insyaAllah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..semoga kita terus mencintai Baginda SAW..

      Delete
  2. SubhanAllah...sangat terkesan membaca entry kali ini...moga menjadi teguran dan peringatan buat diri yang alpa lagi lemah...betapa zuhudnya Rasulullah...Rasulullah merupakan contoh sebaik umat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..moga Allah swt beri kita taufiq utk mnjadikan Baginda SAW contoh teladan sepanjang zaman.amin.

      Delete
  3. miskin di dunia bukan kegagalan kerana dunia bukan kehidupan..

    orang alim berkata, "bilakah kehidupan?? kehidupan bermula sebaik sahaja kita mati..."

    btw, nice entry.. syukran.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita semua tahu dunia ini sementara,xpi kita masih takut kesusahan dunia mngatasi ksusahan akhirat..doakan sy agar lebih mengutamakan akhirat..jazakallah fuad ansari..

      Delete