PEMBACA BLOGKU

Bingkisan Kehidupan

Tuesday, January 17, 2012

KAMBING






Kambing merupakan antara haiwan peliharaan yang sangat unik kerana memiliki kenakalan dan kedegilan yang sangat  tinggi.Selain itu ia merupakan antara haiwan yang sangat sensitif dan akan memberi  tindak balas sekiranya dikasari. Seorang kenalan yang bergiat aktif dalam menternak kambing pernah memberitahuku bahawa pernah sekali kerana terlalu marah terhadap kambingnya yang terlalu degil, dia telah merejam kambing tersebut menggunakan selipar jepunnya.Kesan daripada keganasan itu, kambingnya telah melakukan mogok dengan enggan makan.Selang beberapa minggu kambing itu telah mati.



Sewaktu aku dibangku tadika,aku sering pergi ke tadika bersama-sama abangku kerana berada di tadika yang sama.Kebiasaanya kami akan berjalan kaki ke tadika bersama diawal pagi.Dalam perjalanan ke tadika kami sering terserempak dengan kambing2 peliharaan jiran2.Oleh kerana abangkumerupakan kanak2 yang nakal dia akan cuba memanjat kambing tersebut,namun usahanya sentiasa gagal kerana sering ditanduk kambing tersebut sebelum sempat menyentuhnya.Tidak berpuas hati dia telah mengajak rakan2 setadikanya beramai-ramai untuk menumpaskan kambing tersebut,ternyata usahanya berjaya.Berbekalkan bantuan beberapa rakannya dia dengan bangganya dapat memanjat kambing tersebut.Kambing tersebut meronta2 dan mengembek dengan kuat sehingga didengari oleh tuannya.Kami dihalau dan berciciran lari meninggalkan tempat tersebut .Selang beberapa minggu, tidak kelihatan kambing itu lagi.Apabila ditanya kemana kambing itu pergi maka dijawab anak tuan kambing itu,bahawa ayahnya telah menyembelihnya kerana selepas insiden kami membulinya,kambing itu kelihatan tidak bermaya dan menunjukkan tanda2 akan mati,maka segerelah disembelih..mendengar jawapan itu kami tergelak kerana terasa mungkin kami adalah punca utamanya.



Pernahkah anda terfikir hampir kesemua nabi-nabi alaihimussallatuwassalam sebelum menerima tugas nubuwah  pernah menjadi pengembala kambing. Kemungkinan terdapat suatu bentuk tarbiyah dan latihan bagi membina jati diri yang begitu sasa dalam diri mereka sebelum memikul tugas nubuwah yang jauh lebih berat.Kesemua tugas dan maksud utama mereka dihantar ditengah-tengah jutaan manusia adalah untuk memperkenalkan siapakah itu ALLAH swt.Manusia merupakan makhluk yang jauh lebih degil,sensitif dan mudah terasa hati berbanding kambing.Oleh itu kesemua para anbiya dilengkapi dengan ciri-ciri yang sempurna bagi menambat hati setiap manusia untuk tunduk pada keagungan ALLAH swt .Sebagaimana kemahiran sipengembala kambing mengawal ratusan kambing yang degil,sensitif, dan mudah terasa hati bagi mengikut satu arahan.Sekiranya cara keganasan dan kekerasan digunakan untuk membawa manusia kepada ALLAH swt maka nasib yang sama seperti kambing akan menimpa jutaan manusia.Maha suci ALLAH menghantar utusan-utusanNya yang terbaik  yang sentiasa berhikmah dan bijaksana mengembala umat manusia.



Suatu ketika nabi Musa  as telah ditugaskan untuk mengembala ratusan kambing,pernah terjadi ketika Baginda mengira jumlah kambing peliharaannya terdapat kekurangan jumlah asal.Maka apabila telah diamati dan diselidiki,baginda ternampak anak kambing peliharaannya sedang berlari bersendirian meninggalkan kawanan kambing yang lain.Baginda Musa as menjadi gusar akan keadaan anak kambing tersebut lalu mengejarnya,kerana sedar akan bahaya yang bakal dialami oleh si anak kambing tersebut kerana kambing yang bersendirian mudah diterkam serigala berbanding sekumpulan kambing.Semakin dikejar semakin laju anak kambing itu berlari  seolah-olah  cuba mempermainkan Baginda as,sehingga tiba dikawasan bersemak anak kambing itu terus menyelusuk  dan menyelinap sehingga Baginda as terpaksa merangkak dan tertusuk duri-duri di badan Baginda as.Namun akhirnya si anak kembing itu menjumpai jalan buntu dan terhenti di satu sudut.Melihat keadaan itu nabi Musa as terus memeluk dan mencium anak kambing tersebut sambil mengatakan sesuatu yang lahir dari jiwa yang suci  penuh ikhlas “wahai anak kambing sekiranya kau tidak kesian diri aku tidak apalah tetapi kesianlah pada diri kau.”bermula daripada saat itu nabi Musa AS menerima tugas nubuwah.



Seluruh para anbiya memiliki persamaan sifat iaitu inginkan kebaikan untuk orang lain.Kebaikan yang paling tinggi adalah mengajak manusia untuk cinta pada ALLAH swt kerana manfaat bukan sahaja didunia bahkan diakhirat yang jauh lebuh indah dan bersifat kekal. 

3 comments: