PEMBACA BLOGKU

Bingkisan Kehidupan

Saturday, October 20, 2012

-TiAdA MiLiK KiTa-





Satu hari Syeikh Zakariyya Rah ketika kecil. Bapanya minta tolong ambilkan bantal. Syeikh Zakariyya telah bagi bantalnya dengan berkata ayah ambil lah bantal saya. Maka ayahnya telah agak sedkit marah. Maka beliau berasa sedih dan termenung kenapa ayahnya marah.

Rupa-rupanya kerana dia kata ayah ambil lah bantal 'saya'. Dia tersilap cakap, mana ada bantal kita. Semua milik ALLAH. Tiada kita punya dalam dunia ini. Semua milik ALLAH.

Pengajarannya
1) Lihat seorang anak yang baik hati tetapi masih risau ayahnya yang marah dan mencari apa silap saya untuk dibetulkan

2) Didikan iman seorang ayah kepada anaknya. Membetulkan percakapan. Kerana ia memberi kesan kepada hati

Ya ALLAH ampunkan dosa-dosaku. Tiada milik kita. Semua milik ALLAH.

Bila kita rasa milik kita maka kita jadi sombong. "Masa saya, mana sempat pergi masjid dan untuk buat dakwah. Rumah saya, mana boleh guna untuk Islam. Duit saya,mana boleh bagi zakat dan sedekah. Penatlah saya untuk bagi tenaga untuk agama

Sebenarnya dalam AL-QURAN diceritakan ALLAH beli diri dan harta orang mukmin dengan syurga. Sebenarnya semua milik ALLAH. Tapi dia memuliakan kita dengan offer syurga untuk kita.

Satu masa atau bila-bila masa ALLAH boleh ambil semua yang kita perasan kita punya. Janganlah kita sombong. Ya ALLAH ampunkan dosa-dosaku –


2 comments:

  1. assalammualaikum..bahkan dri ini juga milik Allah..entri yg menarik..entri semakin padat n mudah difahami berbnding dlu..mabrouk..

    ReplyDelete
  2. salam...teruskan berkarya, dan teruskan mengajak pembaca berfikir..kita hanya pinjaman dari Allah, sejauh mana kita munggunakan pinjaman yang Allah beri pada kita tue?adakah pinjaman itu kita gunakan untuk membuat kemaksiatan kepada Allah, sepertinya menonton cerita2,dan lagu2 yg melalaikan hati kita untuk ingat kepada Allah?ataupun kita menggunakan pinjaman yang Allah beri itu, semata2 untuk kita lebih dekatkan diri kita kepada Allah sepertinya membaca Al-Quran, bertahajud, mengajak orang ke arah kebaikan dan lain-lain?

    sama-sama kita renungkan, moga pinjaman yg diberikan itu, kita gunakan ditempat yang sepatutnya..
    wallahu 'alam...

    ReplyDelete