PEMBACA BLOGKU

Bingkisan Kehidupan

Sunday, May 1, 2011

Hamba Cinta




Kita sering mengaitkan cinta dengan remaja iaitu perasaan kasih antara teruna dan dara. Walhal sebenarnya definisi cinta tidaklah sesempit itu. Bila dibariskan sekumpulan pujangga untuk mendefinasikan maksud cinta maka anda tidak akan menjumpai definisi yg sama. Namun dengan perkataan yg berbeza mereka akan cuba sampaikan anda kepada maksud cinta. Memang perkara yg sukar untuk mengubah bentuk perasaan kepada bentuk perkataan, kerana cinta itu adalah perasaan maka untuk ubahkan perasaan cinta dalam perkataan sebenarnya sesuatu yg mustahil.


Tidak kira apapun definasi cinta. Tapi siapa yg sedar akan momentum dan keajaiban yg dimiliki oleh cinta ?. Cinta juga sebenarnya makhluk ciptaan ALLAH s.w.t yg diserapkan didalam hati seseorang, kesannya seumpama bius ataupun ubat tahan sakit yg memampukan seseorang mencapai apa yg dingininya walaupun kelihatan mustahil. Melalui perantaraan cinta sesebuah kerajaan boleh dibina dan dihancurkan dalam sekelip mata, tabiat buruk atau baik juga dibina asbab cinta. Maruah,harta dan diri juga boleh dikorbankan kerana cinta.

Bagaimana boleh ada cinta.

Bibit-bibit cinta bemula dengan perkenalan tiada perkenalan tiadalah cinta, melalui perkenalan juga akan mekar perasaan cinta bila mengetahui kebagusan atau kebaikan yg ada dlm perkenalan itu. Natijah apabila ditawan oleh perasaan cinta,maka tidak cukup dengan menyintai perkara itu bahkan semua perkara yg ada hubung-kait dgn yg dicintai juga akan turut dicintai. Maka bermula dari saat itu seluruh fikiran, tenaga ,dan usaha akan disalurkan tanpa paksa bagi memiliki apa yg dicintai itu seumpama hamba yg tidak bergaji. Tidak kira berapa tajam dan dalam duri yg bakal ditusuk, matlamat cinta tidak akan terjejas. Pada saat itu siapa jua yg menghalang walaupun sebelum ini ia adalah sahabat rapat akan berubah nama kepada musuh.


Sasarkan cinta dgn sasaran yg tepat.

Oleh itu sangat penting untuk mensasarkan cinta anda pada sasaran yg tepat dan tidak merugikan anak panah anda. Sasaran cinta yg paling tepat ialah ibu segala cinta, bila anda memiliki si ibu maka automatik anak-anaknya akan mengikuti anda. Ibu segala cinta tidak lain dan tidak bukan yang memiliki gelaran YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG. Burulah cintaNya walaupun kelihatan mustahil, untuk memburunya anda perlulah melalui fasa-fasa cinta iaitu perkenalan dan seterusnya memerhatikan segala kebagusan yg ada padaNya. Jangan sesekali mencari kekurangaNya kerana sekiranya anda mencari juga anda akan mendapati kekurangan yg ada pada diri anda dan automatik anda akan gagal mencintaiNya. Sekiranya anda telah berjaya melalui fasa-fasa tadi dan mula terasa bibit-bibit awal perasaan cinta anda padaNya,jangan biarkan cinta anda layu dan mekarkanlah ia dgn terus menerus mengenali dan memerhati kebagusan yg ada padaNya, terbaiknya anda cuba cari dan melaksanakan perkara yg menyukakaNYA nescaya bertambah perasaan cinta anda padaNya.sekiranya anda telah diselubungi cintaNya cuba anda selami pula cintaNya pada anda,nescaya anda akan mendapati bahawa DIA telah mencintai anda lebih dahulu berbanding anda mencintaiNya. Dengan itu anda akan menjadi HAMBA CINTANYA tanpa dipaksa. Sungguh indah sistem hambaNYA. Hamba yg tidak pernah menderita,terpaksa ,dan terseksa dengan apa yg dilakukannya yg ada hanya keseronokan,kebahagiaan,dan kenikmatan . Jadi sudikah anda menjadi HAMBA CINTANYA???.

Pasukan Kita Kalah




Sesebuah pasukan selalunya didefinasikan sebagai sekelompok manusia yg berjuang bersama-sama bg mencapai atau merealisasikan sesuatu matlamat. Kekuatan sebuah pasukan dapat dinilai dengan memerhati ahli atau individu yg ada dalam sesebuah pasukan,semakin ramai individu yg berketerampilan dan berkotmitmen tinggi untuk mencapai sesuatu matlamt dalam pasukan,semakin hebat pasukan itu dan secara tidak langsung menggerunkan pasukan musuh yg ingin menghadapi pasukan itu.

Namun kebanjiran individu yg hebat dlm sesuatu pasukan bukanlah syarat utama bagi merealisasikan matlamat pasukan. Mudah diperhati dalam sesebuah pasukan bola sepak,walaupun sesebuah pasukan itu memiliki ramai pemain bertaraf bintang dan digeruni lawan, terkadang rebah juga dikaki pasukan yg entah tidak tahu darimana asal-usulnya. Jadi disini terbukti matlamat bukan hanya boleh dicapai oleh pasukan yg memiliki individu yg hebat. Tetapi tidak dinafikan bahawa dengan memiliki individu yg hebat dalam sesuatu pasukan memudahkan mereka mencapai matlamat yg diburu. Sekiranya diperhatikan, pasukan yg berjaya mencapai matlamat seringkali memiliki individu yg komitet dan faham bagaimana cara untuknya memainkan perananya dlm pasukan. Cuba anda bayangkan sekiranya pemain yg ditugaskan dibarisan pertahanan cuba mengambil alih kerja dibarisan serangan dan individu dibarisan serangan pula cuba mengambil alih kedudukan di jentera pertahanan.walaupun matlamat mereka betul iaitu menjaringkan Gol dan mempertahankan gawang daripada dibolosi,namun kerana tersalah memainkan posisi walaupun mereka individu handalan sebenarnya telah membuka ruang kelemahan pasukan kepada pihak lawan, secara tidak langsung pasukan itu akan hilang persefahaman dan kelang-kabut apabila diserang pihak lawan.

Pasukan Islam
Begitu juga pasukan islam. Hari ini bukanlah pasukan ini ketandusan pemain-pemain yg berbisa, bahkan sesetengah pemain pasukan ini cukup digeruni oleh mana-mana lawan yg cuba menghalang matlamatnya. Namun disebabkan tiada persefahaman dalam pasukan ini, maka variasi serangan yg cukup indah gagal dibina. Pasukan ini memiliki ahli yg paling ramai,namun terlalu banyak pertelingkahan dan percanggahan pendapat. Barisan penyerang (ulama) mereka sering disalahkan kerana ketumpulan serangan,walhal hanya mereka yg paling arif bagaimana cara menggunakan formasi yg terbaik menghadapi lawan yg berbeza-beza. Oleh kerana itu arahan jentera serangan (ulama-ulama) tidak lagi didengar oleh pasukan pertahanan(orang2 muslim),sehinggakan mereka yg tidak arif dan tidak tahu cara menyerang mengambil alih posisi penyerang. Akhirnya pasukan ini tersungkur hina dihadapan pasukan –pasukan yg lemah. Lebih malang sebab kekalahan pertama tidak dijadikan pengajaran, mereka terus menerus menggunakan taktik yg sama sehingga terus-menerus tersungkur dihadapan musuh yg sama.

Wednesday, April 20, 2011

-Teruknya Kita-




Asrullah merupakan pemuda lingkungan 20-an.Beliau yatim piatu diusia belasan tahun. Oleh kerana tiada tempat bergantung dan berteduh (ibubapanya mati akibat kebakaran ) maka beliau telah mengambil keputusan untuk tinggal dimasjid. Ahli-ahli masjid memberi kebenaran untuk beliau menetap disitu kerana sedia maklum dengan musibah yg melandanya. Selepas bertahun-tahun tinggal dimasjid maka bilal(muazin) telah cuba berbual dengannya.


################################################################
Bilal : anak ni umur dah berapa?

Asrul : 24 tahun pakcik. Kenapa pakcik tanya?

Bilal : takde ape,Cuma pakcik kesian tengok kamu ni tinggal dekat masjid je.

Asrul : eh, takpe pakcik saya suka dengan kehidupan saya sekarang, saya rasa tiap waktu ALLAH s.w.t bersama saya. Selain itu juga lebih mudah saya beribadat,solat 5 waktu pun mudah jaga.

Bilal : alah nak beribadat boleh kat mana-mana je. Pakcik bukan ape cuma kesian dengan kamu ni,pakcik cadangkan kamu pergi cari kerja sekurang-kurangnya makan minum kamu terjamin.

Asrul : tapi pakcik bukan ALLAH s.w.t dah bagi jaminan untuk rezeki semua makhlukNya ke? Saya bukan tak mahu kerja Cuma saya takut lupa pada ALLAH s.w.t. selain tu saya rasa rugi kalau saya tinggalkan masjid ni.

Bilal : memang ALLAH s.w.t bagi rezeki, tapi kene usaha dan kerja tu salah satu usaha.

Asrul (dalam hati) : Ai, kudrat ALLAH pun ada tapi.kuasa ALLAH ada had ke atau bergantung dengan sesuatu keadaan. Aku salah faham ke pakcik ni salah sebut? Kenapa tak cakap memang kene kerja tapi ALLAH s.w.t yg bg rezeki.

Asrul : habis tu saya kene kerja ke pakcik untuk makan?

Bilal : yela.

Asrul : oWwh, saya lupa nak bagi tau pakcik. Sebenarnya ada seorang tambi kat hujung kampung ni. Kerjanya jual roti,jadi dia dah janji dekat saya setiap hari dia akan datang dan bagi saya roti secara percuma. Saya rasa cukup dah roti tu untuk saya makan setiap hari. Jadi sekarang pakcik izinkan tak untuk saya terus iqtikaf dekat masjid ni tanpa bekerja?

Bilal : erm, cakap la awal-awal,kalau macam tu takpela.pakcik ingat kamu takde sumber makanan tadi.baiklah pakcik balik dulu ada kerja kat rumah. Assalamualaikum.

Asrul : waalaikumsalam.

Asrul (dalam hati) : Ai,peliknya pakcik ni islam dah islam dah,sembahyang dah sembayang dah. Tapi macamana dia boleh lebih yakin dengan janji si tambi dari janji ALLAH s.w.t, tentang rezeki aku.Tadi cakap memang ALLAH s.w.t bagi rezeki tapi kene usaha pastu bila aku cakap tambi tu janji nak bagi aku makan kenapa dia taknak cakap memang tambi hantar makanan tapi kene kerja.

APA KATA MEREKA


Tidak pernah tercatat dalam sejarah kemanusian berlakunya suatu perubahan menyeluruh bagi sebuah bangsa sebelum atau sesudah itu.

Nabi Musa a.s mengenalkan kewujudan tuhan pada umatnya, Nabi Isa a.s pula pada dunia Romawi dan Nabi Muhammad s.a.w kepada dunia seluruhnya.

Napoleon Bonaparte (Maharaja Perancis 1769-1821 )


Ahli falsafah, ahli pidato, penyeru, penggubal undang-undang, pahlawan,penguasa idea, pengembali kepada garis fikiran rasional, pelopor kepada 20 empayar dunia dan 1 empayar rohani. Beliaulah Muhammad s.a.w. Untuk diukur kehebatan Muhammad s.a.w dengan penada aras,kita harus bertanya semula adakah seorang yang lebih hebat daripadanya?

Alphonse Lamontine (pujangga &negarawan Perancis 1790-1869)


Beliau satu-satunya manusia yang begitu cemerlang di kedua-dua bidang, agama dan dunia. Dari permulaan yang begitu daif, Muhammad s.a.w membangunkan dan menyebarkan salah 1 daripada agama besar dunia dan menjadi pemimpin Negara yang begitu effektif. Pada hari ini, 13 abad sesudah kewafatannya,pengaruhnya tetap segar dan bertenaga.

Michael H.Hart (Ahli sejarah,peyelidik,dan ahli matematik USA)





Saya ingin mendalami kisah hidup seorang manusia terbaik yang pada hari ini bekas pengaruhnya hidup di hati jutaan manusia. Saya penuh berkeyakinan bahawa bukan melalui mata pedang yang menempatkan islam di sisi peradaban hidup ketika itu. Mudah tanpa pernah memberatkan, kerendahan hati Nabinya yang amat berhati-hati dengan perkataannya,keperkasaan dan keberaniannya. Serta keyakinan mutlak kepada ALLAH s.wt dan semuanya. Dengan inilah islam hidup dan berhadapan dengan segala cabaran.

Mahma Ghandi (pejuang kemerdekaan India 1869-1948)


Saya yakin sekiranya seorang lelaki sepertinya memerintah dunia moden kini, beliau akan berjaya merungkai segala permasalahan hingga membuahkan ketenangan dan kebahagiaan hidup yang begitu didambakan. Eropah kini mula tertarik dengan ajaran yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. Pada abad yang mendatang tidak mustahil ia akan mengiktiraf dan mempraktikkan ajaran tersebut dalam menghadapi masalah yang dihadapi.

Geoge Bernard sheus (jurucakap golongan siosalis,pemegang anugerah nobel 1925)

Tiba Masanya




Tiba masanya untuk hati ini tunduk selepas kian lama mendabik dada melupakan keagunganMu.

Tiba masanya untuk menyerahkan segala keinginan diri ini padaMu kerana segala keinginan diri ini telah disempurnakanMu.

Tiba masanya untuk menyerahkan segala yang ku miliki padaMu kerana segala yang ku miliki adalah kepunyaanMU.

Tiba masanya membayar cintaMu meskipun cintaMu tidak mampu dibayar walaupun mengumpulkan segala bentuk cinta dimuka bumi ini kerana DIKAULAH pencetus segala perasaan cinta.

Tiba masanya kuluahkan kasih padaMu meskipun kasihMU lebih tinggi daripada bait-bait cintaku.

Tiba masanya untuk lebih peka tentang kehadiranMu meskipun tiap detik Zat-Mu memerhatikanku.

Tiba masanya untuk alirkan airmata sederas mungkin kerana terlalu banyak hajatku ditunaikanMu, namun sedikit pun ku tak mampu meraih kegembiraanMu.

Tiba masanya untuk berhenti memburu melainkan memburu keredhaanMU.

Friday, April 8, 2011

----HIJAU HANYA SEKALI----

Sekiranya anda pemerhati alam yg baik,pasti anda  peka dengan setiap perubahan alam yg berlaku.Namun  mungkin kerana terlepas pandang kita gagal mengesan bahawa alam sedang memberi isyarat  pengajaran kehidupan kepada kita.Mudah dan terhibur melihat daun-daun  berguguran,namun kita tetap gagal mengesan sebarang isyarat disitu.Cuba cabar minda anda sekarang apa yg anda dapat pengajaran melalui daun-daun berguguran?.. Kadang-kadang guru2 kita tidak memberikan pengajan terus kepada kita tapi melalui kiasan supaya kita dapat berfikir dgn lebih dlm dan semestinya ingin menguji kebijaksanaan kita,dan sekiranya anda dapat memahami kiasan guru anda pertama anda akan berasa puas dan anda boleh menyeragamkan pengajaran guru anda dengan kefahaman anda sekaligus pengajaran itu akan berada lama dalam ingatan anda.
        Berbalik kepada daun berguguran. Cuba anda perhatikan warna daun yg gugur. Di situ satu ketetapan telah dibuat bahawa bukan hanya faktor daun layu (warna coklat) sahaja sebab utama utk gugur namun terdapat juga yg masih segar (warna hijau) yg turut sama berguguran dan ada juga daun yg baru ingin mekar turut rebah di dada bumi.Itu ketetapan.Ketetapan yg sama juga berlaku pada manusia,tiada sebab yg mengatakan orang muda tidak akan mati dan orang tua akan mati dahulu. Perkara ini sudah terbukti. Siapa yg mampu tukar ketetapan ini?.Ahli sains? jurutera? Pakar alam? Ahli farmasi? Doktor? Raja?Panglima perang? Silakan. Anda akan melihat mereka yg kelihatan hebat  seperti keanak-anakan bila berhadapan dgn ketetapan ini. Hebat Si Pembuat Ketetapan ini,tiada siapa yg mampu merombak ketetapaNya.
           Seterusya cuba anda perhatikan pula daun yg masih terpaut di dahan. Kali ini sungguh unik pengajaranNya.sekiranya ada daun yg telah gugur maka tunas akan menumbuhkan daun baru. Satu lagi ketetapan dapat dilihat disini,walaupun yg baru tumbuh itu kelihatan sama dengan daun yg lama namun ia sama sekali tidak sama. Daun yg lama tidak dihidupkan semula namun diganti dgn daun lain yg sejenis.
Jadi posisi yg di tinggalkan akan terus diganti sehingga ketetapan yg terakhir pula berlaku iaitu penghujung tempoh hidup si pokok.
Disini dapat dilihat manusia yg pergi dari alam ini tidak akan dihidupkan semula,dan posisi mereka akan terus diganti dan diganti. Peluang utk si daun menghijau hanya sekali dan tidak pernah kita lihat daun yg layu keseluruhnya kembali hijau.Muda hanya sekali, hebat teknologi pun tidak akan mampu mengembalikan si tua kepada si rupawan .Terbukti disini kita dikawal oleh satu sistem yg tidak mampu kita ubah.
Namun tidak mustahil bg Si Pembuat Ketetapan ini utk mengubah ketetapanNya kerana ia Berkuasa penuh pada sistemnya. Jadi adakah anda dapat merasa  sesiapa yg membuat ketetapan yg menabjubkan ini????atau anda dapat merasa sesiapa yg mampu mengawalnya???

__Kemunculan Yang Dinantikan__


 Pada zaman Imam Mahdi , pelita hati akan bersinar……
Hujan akan memeluk kerinduan bumi  yg sedang dahaga…..
Ia bersihkan kotoran kehinaan,kotoran kemiskinan,dan kepengecutan…
Ufuk-ufuk akan menghasilkan matahari…..
Mimpi manis yg lari akan kembali….
Dan fajar mengembangkan kulitnya dengan solat dan ucapan takbir…
Allahu Akbar,memberkati kebangkitan dan kesedaran….
Kita,kerajaan adalah milik ALLAH dan selamanya milik ALLAH….
Seorang lelaki akan berjalan di setiap tempat dengan kekuatan besi….
Dan hati yang lembut dan sayang….
Itulah rahmat ALLAH untuk penduduk dunia…..
Supaya ianya bergabung dengan segala yg ada padanya ….
Untuk bintang-bintang yg mengucap tasbih selamanya dengan sorakan …
LAILAHAILLAH MUHAMMADURASULULLAH !!!!!!