PEMBACA BLOGKU

Bingkisan Kehidupan

Thursday, June 7, 2012

MaSa





Masa terlalu pantas berlalu,semakin cepat dan cermat  kita mengunakanan masa ,terasa semakin pantas masa berlalu.Antara perkara yang sering diungkapkan oleh ahli motivasi untuk seseorng itu berjaya maka perlulah bijak untuk mengurus masa.Timbul kata-kata nasihat “jika anda gagal mengurus masa maka anda merancang untuk gagal”. Ia sesuatu yang boleh dikatakan tepat.Namun pernahkah kita bertanya apakah definisi masa? Dan apa itu masa? Berbagai definisi dikeluarkan namun masih gagal untuk menjelaskan apa itu masa.Sekiranya kita beranggapan masa itu adalah 24jam,maka itu bukanlah sesuatu definisi yang tepat kerana sekiranya saya menambah satu lagi angka dalam sistem waktu sehingga menjadi 13,maka saya boleh mengubah definisi masa iaitu 26jam dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan definisi saya terhadap masa kerana saya telah mengubah jam saya supaya memiliki 13 nombor dan saya masih mengalami waktu siang dan malam seperti orang yang menguna 12 nombur di jamnya.(sekirnya tidak faham baca sekali lagi sehingga faham).


Jadi apa sebenarnya masa?bagaimana masa itu bergerak? Dan adakah masa berubah mengikut peredaran zaman?

Seorang pak cik lingkungan 50an pernah berkongsi  kisah-kisah zaman beliau kecil,sangat menyeronokkan kerana seperti terlalu banyak perbezaan antara zamannya dan zamanku sewaktu kecil.Antara yang menarik yang cuba dikongsi ialah sewaktu beliau belum bersekolah dia sentiasa membantu ibunya menghidupkan api menggunakan kayu api yang dipunggut,apabila api telah dihidupkan dia akan bermain sementara ibunya memasak mengunakan api tadi,selesai memasak dia dan ibunya akan menghidangkan makanan sambil menunggu kepulangan abang dan kakaknya dari sekolah untuk menjamu selera bersama.Selang beberapa waktu teknologi telah berkembang maka dia tidak perlu lagi perlu mencari kayu api dan bertungkus-lumus menghidupkan api kerana keluarganya telah memiliki dapur minyak tanah yang tidak memerlukan kayu api lagi.Namun dia menjadi hairan kerana  sebelum memakai dapur minyak tanah ibunya sempat menyediakan juadah sebelum abang dan kakaknya pulang dari sekolah tetapi setelah menggunakan dapur minyak tanah, belum sempat ibunya menyediakan juadah abang dan kakaknya telah pulang kerumah dan sempat menunggu seketika untuk ibunya menyiapkan juadah.Dia menjadi hairan sepatutnya makin banyak masa terluang kerana tidak perlu mencari kayu dan bersusah payah menghidupkan api dengan memakan masa yang lama.Masa dirasakan semakin cepat berlalu.


Begitu juga ayahku sering bercerita sewaktu beliau kecil dia akan pergi ke sekolah berjalan kaki dan melalui jalan tanah merah.Sebelum pergi sekolah beliau akan singgah ditepi parit dan mengambil biji teratai untuk dimakan.Apabila balik sekolah pula beliau akan pergi memancing seketika,mandi di parit dan mengulangkaji pelajaran.maka aku pun memerhati semula jarak rumah arwah nenek dan sekolah rendah ayahku.Jaraknya bagiku sangat jauh  dan meletihkan sekiranya hanya berjalan kaki.aku menjadi hairan sewaktu aku bersekolah rendah aku menaiki basikal ke sekolah namun tiada pula ada waktu untuk memancing dan sebagainya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 Sejauhmana bijak manusia dan hebatnya teknologi yang dicipta untuk menjimatkan masa ia tetap tidak akan berhasil  kerana hakikat yang memiliki dan mentadbir masa adalah ALLAH swt .Sekiranya ALLAHswt berkeinginan memberi masa yang berkat kepada seseorang maka walau sejauh manapun teknologi dari zamannya, ia akan tetap dapat mengisi masa dengan bermacam-macam perkara.
Saidina Othman radiallahanhu pernah mengkhatamkam Al-Quran  dalam hanya satu malam dalam 2 rakaat solah sunatnya.Sesuatu yang mustahil pada sudut  akal untuk mengkhatamkan al-quran dalam masa  satu malam sahaja.Sekiranya pada hari ini seorang yang paling cekap membaca al-quran membaca dengan pantas belum tentu dapat mengkhatamkan Al-Quran dalam 1 malam,dan mustahil Saidina Othman radiallahanhu akan membaca al-quran dengan tergesa-gesa,sudah semestinya tabiat orang-orang soleh untuk membaca Al-Quran dengan tajwid dan  tartil.

Keberkatan masa bergantung kepada hubungan antara  seseorang dengan pencipta dan pentadbir masa tersebut.Masa kita akan berlalu dan akan diisi oleh kita dengan berbagai-bagai himpuna perasaan seperti gembira,sedih ,bahagia sensara,dengki,cemburu,dendam,tertawa,tangis,bangga ,rendah diri,cinta,rindu,benci,dan berbagai lagi.
Masa akan berlalu dan hanya membawa perasaan-perasaan tersebut.Apabila telah tercipta sesuatu perasaan pada masa tertentu maka ia tidak akan boleh dipadam semula.Sebagai contoh pada sekian “masa” anda berasa gembira kerana bermain kambing bersama abang anda,perasaan tersebut akan terus terukir masa tersebut dan walaupun telah bertahun-tahun berlalu sekiranya terkenangkan “masa” tersebut pasti terukir kembali senyuman gembira kerana perasaan gembira telah disimpan (save permanently) dalam masa tersebut.begitu juga sekiranya pada sekian “masa” anda berasa sedih kerana kematian abang anda.maka perasaan itu akan terus disimpan pada “masa”tersebut.sekiranya pada masa akan datang anda sedang gembira namun secara tiba-tiba terimbau “masa” kematian abang anda,kesedihan itu akan kembali berputik.

Oleh itu sangat penting untuk menyimpan perasaan yang baik dalam kotak-kotak masa anda.perasaan yang baik tidaklah semestinya gembira,bahagia,tertawa  sahaja,namun sedih ,cemburu,tangis juga akan menjadi perassan yang baik untuk disimpan dan dikenang sekiranya ia adalah untuk agama islam.nabi MUHAMMAD saw sering menangis,sedih,dan risau untuk umatnya kerana agama,namun Baginda saw telah mengukir sejarah masa yang teragung dalam tamadun dunia,begitu juga halnya pengikut2 Baginda saw yang ikhlas (sahabat2 radhialahanhum) telah mengalami berbagai-bagai ujian kesedihan dan kemiskinan.namun masih tetap mengukir masa yang terhebat yang mustahil dapat dibina oleh mana-mana kaum yang bertamadun dalam sejarah manusia dan terus segar bernyawa hingga kini.ini kerana mereka Berjaya mengukir “kotak masa “ mereka seiringan dengan islam dan perjuangan islam.semoga ALLAH swt ukir masa kita masa yang dipenuhi dengan perasaan2  yang tercipta kerana islam…

Sunday, May 6, 2012

-Tabiat-


       



           Negara India terdapat seorang perompak dan pembunuh handalan yang berjaya merompak dalam jumlah yang sangat besar  bahkan membunuh ratusan orang dalam siri rompakanya.Suatu ketika pihak polis berjaya menangkapnya dan hasil perbicaraan,dia telah dijatuhi hukuman mati mandatori. Disaat hari-hari terakhirnya dia telah dipelawa oleh pegawai penjara untuk membuat satu permintaan terakhir .maka dia telah membuat satu permintaan untuk bertemu dengan ibunya.Permintaanya telah diterima lalu dia dibawa berjumpa dengan ibunya.

         Setelah kedua beranak bertemu maka si pencuri telah memberi  isyarat kepada ibunya untuk mendekati kerana dia ingin berbisik sesuatu kepadanya.Ketika ibunya merapatkan telinga kearahnya,perompak itu terus mengigit telinga ibunya menyebabkan ibunya meraung kesakitan.Mujur pegawai penjara berada disitu dan memukul si perompak itu sehingga terlepas gigitanya itu,dengan nada menjerit pegawai itu memaki si perompak sambil berkata “kau ni memang anak yang tak mengenang budi  Hidup menyusahkan ibu kau,dah nak mati pun nak susahkan ibu kau lagi!!!”. Si perompak itu terus menjawab “sebab perempuan celaka ni la aku jadi macam ni !!”.pegawai menjadi hairan lalu bertanya kenapa dia berkata sedemikian kepada ibu kandungnya.

Dengan nada teresak-esak si perompak itu menceritakan bagaimana dia boleh mula merompak.

         Dia seorang anak yatim yang kematian ayah sejak kecil.Oleh itu dia dan ibunya hidup dengan penuh kemiskinan  sejak kecil sehingga pada suatu masa dia telah mencuri sebiji telur kerana terlalu lapar akibat  sudah berhari tidak makan.Ketika membawa pulang  telur ayam hasil curi. Dia pulang kerumah.ibunya telah bertanya bagaimana dia telah mendapat telur ayam tersebut. Maka dia telah mengaku mencuri telur ayam tersebut.ibunya hanya berdiam sambil terus mengambil telur tersebut untuk dimasak lalu menjadi juadah mereka pada hari tersebut. Si pencuri yang masih kecil itu terfikir ,kenapa ibuku tidak memarahku,mungkin kerja mencuri ini tak salah.Kalau macam itu lebih baik aku curi ayam yang lebih menguntungkan  daripada curi telur. Keesokannya  dia telah mencuri ayam dan ibunya tetap memberi TINDAK BALAS  yang sama.Sehinggalah dia menjadi perompak dan pembunuh handalan yang akhirnya bakal dihukum mati mandatori.




          Tabiat dibina bergantung pada suasana persekitaran dan jenis manusia yang paling banyak mendampingi kita ia mudah dan cepat dipupuk ,namun amat sukar dan mengambil waktu yang lama untuk  dihapus.Sekiranya anda ingin memiliki sifat-sifat dan ciri-ciri penjenayah handalan,anda tidak akan mencapai tahap penjenayah handalan walau hebat mana kajian anda terhadap cara-cara untuk menjadi penjenayah selagi anda tidak bergaul dan melakukan jenayah bersama penjenayah.Begitu juga untuk mencontohi Baginda SAW  dan membawa keseluruhan kesempurnaan agama dalam diri kita,tidak memadai dengan hanya membaca kitab-kitab dan video agama,namun dengan sentiasa mendampingi ulama yang hak  dan bersama mengikuti  perjuangan mereka,merupakan jalan pintas memiliki tabiat @akhlak Baginda SAW. 



law kana bainana


Tuesday, January 17, 2012

KAMBING






Kambing merupakan antara haiwan peliharaan yang sangat unik kerana memiliki kenakalan dan kedegilan yang sangat  tinggi.Selain itu ia merupakan antara haiwan yang sangat sensitif dan akan memberi  tindak balas sekiranya dikasari. Seorang kenalan yang bergiat aktif dalam menternak kambing pernah memberitahuku bahawa pernah sekali kerana terlalu marah terhadap kambingnya yang terlalu degil, dia telah merejam kambing tersebut menggunakan selipar jepunnya.Kesan daripada keganasan itu, kambingnya telah melakukan mogok dengan enggan makan.Selang beberapa minggu kambing itu telah mati.



Sewaktu aku dibangku tadika,aku sering pergi ke tadika bersama-sama abangku kerana berada di tadika yang sama.Kebiasaanya kami akan berjalan kaki ke tadika bersama diawal pagi.Dalam perjalanan ke tadika kami sering terserempak dengan kambing2 peliharaan jiran2.Oleh kerana abangkumerupakan kanak2 yang nakal dia akan cuba memanjat kambing tersebut,namun usahanya sentiasa gagal kerana sering ditanduk kambing tersebut sebelum sempat menyentuhnya.Tidak berpuas hati dia telah mengajak rakan2 setadikanya beramai-ramai untuk menumpaskan kambing tersebut,ternyata usahanya berjaya.Berbekalkan bantuan beberapa rakannya dia dengan bangganya dapat memanjat kambing tersebut.Kambing tersebut meronta2 dan mengembek dengan kuat sehingga didengari oleh tuannya.Kami dihalau dan berciciran lari meninggalkan tempat tersebut .Selang beberapa minggu, tidak kelihatan kambing itu lagi.Apabila ditanya kemana kambing itu pergi maka dijawab anak tuan kambing itu,bahawa ayahnya telah menyembelihnya kerana selepas insiden kami membulinya,kambing itu kelihatan tidak bermaya dan menunjukkan tanda2 akan mati,maka segerelah disembelih..mendengar jawapan itu kami tergelak kerana terasa mungkin kami adalah punca utamanya.



Pernahkah anda terfikir hampir kesemua nabi-nabi alaihimussallatuwassalam sebelum menerima tugas nubuwah  pernah menjadi pengembala kambing. Kemungkinan terdapat suatu bentuk tarbiyah dan latihan bagi membina jati diri yang begitu sasa dalam diri mereka sebelum memikul tugas nubuwah yang jauh lebih berat.Kesemua tugas dan maksud utama mereka dihantar ditengah-tengah jutaan manusia adalah untuk memperkenalkan siapakah itu ALLAH swt.Manusia merupakan makhluk yang jauh lebih degil,sensitif dan mudah terasa hati berbanding kambing.Oleh itu kesemua para anbiya dilengkapi dengan ciri-ciri yang sempurna bagi menambat hati setiap manusia untuk tunduk pada keagungan ALLAH swt .Sebagaimana kemahiran sipengembala kambing mengawal ratusan kambing yang degil,sensitif, dan mudah terasa hati bagi mengikut satu arahan.Sekiranya cara keganasan dan kekerasan digunakan untuk membawa manusia kepada ALLAH swt maka nasib yang sama seperti kambing akan menimpa jutaan manusia.Maha suci ALLAH menghantar utusan-utusanNya yang terbaik  yang sentiasa berhikmah dan bijaksana mengembala umat manusia.



Suatu ketika nabi Musa  as telah ditugaskan untuk mengembala ratusan kambing,pernah terjadi ketika Baginda mengira jumlah kambing peliharaannya terdapat kekurangan jumlah asal.Maka apabila telah diamati dan diselidiki,baginda ternampak anak kambing peliharaannya sedang berlari bersendirian meninggalkan kawanan kambing yang lain.Baginda Musa as menjadi gusar akan keadaan anak kambing tersebut lalu mengejarnya,kerana sedar akan bahaya yang bakal dialami oleh si anak kambing tersebut kerana kambing yang bersendirian mudah diterkam serigala berbanding sekumpulan kambing.Semakin dikejar semakin laju anak kambing itu berlari  seolah-olah  cuba mempermainkan Baginda as,sehingga tiba dikawasan bersemak anak kambing itu terus menyelusuk  dan menyelinap sehingga Baginda as terpaksa merangkak dan tertusuk duri-duri di badan Baginda as.Namun akhirnya si anak kembing itu menjumpai jalan buntu dan terhenti di satu sudut.Melihat keadaan itu nabi Musa as terus memeluk dan mencium anak kambing tersebut sambil mengatakan sesuatu yang lahir dari jiwa yang suci  penuh ikhlas “wahai anak kambing sekiranya kau tidak kesian diri aku tidak apalah tetapi kesianlah pada diri kau.”bermula daripada saat itu nabi Musa AS menerima tugas nubuwah.



Seluruh para anbiya memiliki persamaan sifat iaitu inginkan kebaikan untuk orang lain.Kebaikan yang paling tinggi adalah mengajak manusia untuk cinta pada ALLAH swt kerana manfaat bukan sahaja didunia bahkan diakhirat yang jauh lebuh indah dan bersifat kekal. 

Friday, December 9, 2011

Perkataan Terbaik




Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah swt?(41:33)

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali orang yang menyuruh bersedekah,atau berbuat kebaikan atau mendamaikan antara manusia 
(4:114) 

Hai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar,niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan –amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu
(3:70)



Tuesday, November 29, 2011

-RAJA-




Seorang Pemerintah hanya dapat dilihat keagungannya melalui ketaatan rakyat kepadanya.Namum kredibiliti seorang Pemerintah akan tergugat apabila rakyatnya mula melanggar dan tidak taat kepadanya.Ia suatu formula yang mudah untuk difahami,cuba  anda bayangkan sekiranya seorang sahaja pembesar berpaling tadah kepada rajanya melalui  penyebaran maklumat rahsia kerajaan kepada musuh Negara.Kemungkinan Negara itu akan mudah dijajah dan Raja itu akan hilang kuasa.Contoh mudah yang lain,sekiranya semua rakyat membenci kepada Raja dan membuat keputusan untuk menggulingkan Raja itu,sesuatu yang tidak mustahil bila-bila masa sahaja Raja tersebut akan turun tahta dalam keadaan suka mahupun terpaksa.


RAJA YANG AGUNG = RAKYAT YANG TAAT KEPADANYA



Namun  formula ini tidak dapat digunakan untuk Raja pemerintah langit dan bumi,pencipta segala yang mampu dilihat dan yang tak mampu dilihat,Raja bagi segala Raja-Raja.
Terkadang kita tefikir bahawa dengan ketaatan kepadaNya bermakna kita telah memberi  kemulian kepadaNya.Perlu di ingat bahawa melalui solat wajib dan solat-solat sunat,berzikir,membaca Al-Qur’an,berdakwah,mentaati segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya bukanlah menandakan kita telah memberi  manfaat atau menambah kemulian kepadaNya bahkan kita yang telah diberi manfaat dariNya.Mungkin agak sukar untuk di fahami di sini kerana formula tadi telah berubah.

RAJA YANG MAHA AGUNG = RAKYAT  TAAT KEPADANYA + RAKYAT LANGGAR PERINTAHNYA


Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang aneh dan sukar untuk diterima akal,namun secara logiknya ia sangat releven kerana hanya Raja yang tidak pernah tergugat kedudukanya dalam apa-apa situasi sahaja yang layak digelar Raja yang teragung.Tetapi agak pelik dengan kenyataan menggapa kita pula yang ambil manfaat atas ketaatan yang kita berikan kepada seseorang??

Kita merupakan suatu ciptaan yang terbaik,paling canggih dan mengagumkan yang pernah diciptakan oleh pencipta yang teragung.Apabila seorang pencipta mencipta sesuatu benda sudah pasti yang paling memahami keperluan benda yang diciptakan itu ialah pencipta itu sendiri.




 Sebagai contoh seorang pencipta telah mencipta sebuah kereta baru yang bakal diberi nama proton inspira,segala keperluan,ciri susun atur,dan cara yang terbaik untuk menggunakan kereta itu sudah pastinya paling diketahui oleh si pencipta itu menandingi yang lain.Apabila seseorang membeli kereta itu,manual penggunaan turut sama akan diberikan kepadanya bagi memastikan ia menggunakan mengikut keinginan dan cara yang ditetapkan oleh pencipta itu sendiri.Sekiranya pengguna tadi mengikut arahan si pencipta kereta itu melalui ketaatan kepada arahan manual penggunaan semestinya yang mendapat manfaat penggunaan adalah pengguna itu sendiri kerana kereta itu akan berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah dirancang.Namun sekiranya pengguna itu tetap berdegil dan tidak mahu mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh si pencipta,misalnya pencipta mengarahkan pengguna hanya mengisi minyak petrol namun kerana tidak mahu taat pengguna mengisi air di dalam tangki minyak kerana ia menggapnya lebih baik dan lebih jimat dari mengisi minyak petrol,hasilnya kereta itu tidak berfungsi  dan menyusahkan si pengguna itu sendiri .jadi disini dapat dilihat misalan bahawa pencipta tadi tidak dapat apa-apa manfaat kemuliaan dan kehinaan melalui ketaatan dan ketidaktaatan pengguna pada arahan si pencipta.Pencipta tetap dengan kemuliaan dan kehebatanya mencipta.

Diri kita dicipta penuh oleh ALLAH swt dan kita sedikit pun tidak mengambil bahagian dalam penciptaan diri kita sendiri.Kita adalah ciptaan terbaik pernah ALLAH swt hasilkan menandingi langit,matahari,bulan,bintang,jin dan para malaikat.Oleh kerana itu hanya ALLAH swt sahaja yang paham segala keperluan hidup kita,kita hanya memandu melalui manual penggunaan (Al-qur’an),tidak hanya sekadar itu Maha Pengasihnya ALLAH swt pada kita ia turut juga menghantar pemandu yang hebat (RASULULLAH saw) agar kita dapat meniru cara pemanduan yang baik darinya.



DIALAH ALLAH RAJA SEGALA RAJA

Tuesday, November 22, 2011

-SYUKUR-





Syukur  boleh di ibaratkan sesuatu  natijah atau kesan pemberian suatu pihak kepada pihak yang lain.
Contoh mudah disini Yasin fitri memiliki seorang sahabat yang sangat rapat,satu ketika Yasin fitri telah berpeluang untuk keluar negara.sebagaimana kebiasaan orang yang keluar negara pasti akan membawa pulang buah tangan ataupun “ole-ole” dari negara yang dikunjungi dan sering kali hanya orang2 yang penting   sahaja yang tersenarai dalam senarai yang bakal menerima buah tangan tersebut kerana ia terhad dan sukar untuk dibawa pulang. Jadi oleh kerana Yasin fitri memiliki seorang sahabat yang sangat rapat dan penting dalam hidupnya ,maka dia telah membeli sehelai baju buatan tangan yang hanya terdapat di negara tersebut.
Setibanya ditanah air Yasin bergegas kerumah sahabatnya untuk memberi buah tangan yg istimewa buat sahabatnya yg teristimewa.Setelah sahabatnya menerima buah tangan tersebut mimip muka berubah seakan mempamerkan perasaan gembira melhat keadaan itu Yasin fitri turut sama gembira,setelah sahabatnya memakai pakaian itu sendiri ,ternyata saiz baju tersebut tepat dan sangat padan dengan susuk tubuh sahabatnya.Bertambah gembira sahabat tadi terus memuji-muji Yasin fitri,terasa suatu nikmat di kalbu Yasin fitri mendengar pujian bertalu-talu sahabatnya itu kepadanya.

Selang beberapa hari Yasin fitri kembali berkunjung kerumah sahabatnya itu,apabila ingin melangkah masuk kerumah sahabatnya dia terkejut melihat baju pemberianya tempoh hari telah dijadikan alas kaki.Melihat keadaan demikian Yasin fitri bertanya pada sahabatnya kenapa berbuat demikian, dengan tenang dan yakin sahabatnya menjawab aku “aku rasa corak dan kain ini sesuai untuk dijadikan lap kaki.”  Bergegar hati yasin mendengar jawapan sedemikian sambil berkata “tapi aku beli dan hadiahkan untuk kau pakai.” Sekali lagi dgn selamba sahabatnya menjawab “alah ko dah bagi jadi baju tu dah jadi kepunyaan aku,suka hati aku la nak guna macamana.”.mendengar jawapan itu Yasin fitri terus meninggalkan sahabatnya itu. Sejak peristiwa itu apabila keluar negara dia tidak lagi membelikan buah tangan untuk sahabatnya itu.

##################################################################################

Hak-hak syukur  tidak hanya tertunai dengan kita hanya memuji si pemberi atau pun menunjukkan expresi gembira pada wajah.Ia hanya dapat tertunai dengan hanya disertakan sekali penggunaan yang betul atau tepat pada barang yang diberi itu.

Kita tidak pernah membuat tempahan untuk memiliki sepasang tangan,sepasang kaki,sepasang telinga,sepasang mata,sepasang lubang hidung,dan mulut ketika dilahirkan. Kita juga tidak pernah menerima bil daripada syarikat oxygen negara atas berjuta-juta hirupan udara yang kita perolehi.jadi ini bermakna,semua benda itu telah diberi  atas dasar hadiah pada kita.Namun sedar tak sedar setiap hari kita telah melukakan hati si pemberi hadiah itu melalui penggunaan yang salah atas hadiah yang tidak ternilai itu.