Walau bagaimanapun arah dan corak perjuangan kita.Semuanya menuju kpd satu arah yg sama namum 2 destinasi penghujung yg berbeza. Peluang utk berpatah balik adalah 0.000% namun pelung utk memperbaiki laluan masih 100%.
Satu
hari Syeikh Zakariyya Rah ketika kecil. Bapanya minta tolong ambilkan bantal.
Syeikh Zakariyya telah bagi bantalnya dengan berkata ayah ambil lah bantal
saya. Maka ayahnya telah agak sedkit marah. Maka beliau berasa sedih dan
termenung kenapa ayahnya marah.
Rupa-rupanya
kerana dia kata ayah ambil lah bantal 'saya'. Dia tersilap cakap, mana ada
bantal kita. Semua milik ALLAH. Tiada kita punya dalam dunia ini. Semua milik
ALLAH.
Pengajarannya
1)
Lihat seorang anak yang baik hati tetapi masih risau ayahnya yang marah dan
mencari apa silap saya untuk dibetulkan
2)
Didikan iman seorang ayah kepada anaknya. Membetulkan percakapan. Kerana ia
memberi kesan kepada hati
Ya
ALLAH ampunkan dosa-dosaku. Tiada milik kita. Semua milik ALLAH.
Bila
kita rasa milik kita maka kita jadi sombong. "Masa saya, mana sempat pergi
masjid dan untuk buat dakwah. Rumah saya, mana boleh guna untuk Islam. Duit
saya,mana boleh bagi zakat dan sedekah. Penatlah saya untuk bagi tenaga untuk
agama
Sebenarnya
dalam AL-QURAN diceritakan ALLAH beli diri dan harta orang mukmin dengan
syurga. Sebenarnya semua milik ALLAH. Tapi dia memuliakan kita dengan offer
syurga untuk kita.
Satu
masa atau bila-bila masa ALLAH boleh ambil semua yang kita perasan kita punya.
Janganlah kita sombong. Ya ALLAH ampunkan dosa-dosaku –
Satu
masa Aisyah ditanya dimanakah Nabi SAW menyimpan pakaian?
Maka
jawab Aisyah Nabi SAW tidak berpeluang untuk menyimpan dalam almari dan peti.
itu hanya untuk orang ada banyak pakaian. Nabi Hanya ada 2 pakaian sahaja. Satu
basuh dan satu dipakai.
Satu
masa Bilal RA dan sahabat menunggu Nabi SAW untuk solat. Tetapi Nabi SAW tidak
keluar lagi. Maka Bilal memanggil Nabi SAW. Maka jawab Aisyah RA, demi ALLAH
sesungguhnya, Nabi SAW menunggu pakaiannya untuk kering.
Lihat
seorang kekasih ALLAH. bagaimana dengan kita? Malah kita memandang rendah pada
orang yang berpakaian agak kurang berjenama dan tidak pandai bergaya.
Kenapa
begitu?
Adakah
seorang yang ada rumah besar banglo, kereta besar mewah, pakaian yang mahal dan
berjenama, makanan yang sedap-sedap, pangkat besar-besar akan masuk syurga
teratas nanti kerana benda ini?
Adakah
seorang yang miskin, rumah pondok, baju buruk, makanan tiada, kerja buruh kasar,
akan masuk neraka paling dalam kerana ini?
Bukan
begitukan? janganlah kita diperdaya dalam dunia ini. Wahai hati tengoklah
dalam-dalam dan sejelasnya.
Jika
harta,pakaian, rumah dan kenderaan jadi ukuran pastinya Nabi Muhammad SAW akan
merasai dan mengecapi semua ini dahulu dari orang lain.
Janganlah
kita ditipu dunia ini sehingga melupakan akhirat kita. Masa akan berlalu bagi
semua orang walaupun dia tinggal dibawah jambatan sekalipun, dalam istana
sekali pun. Masa ini akan berlalu.
Ingatan
untuk diriku ini yang lupa janganlah diperdaya oleh dunia ini. Wahai ALLAH
ampunkan dosa-dosaku ini.
Melihat sesuatu dari kaca mata ISLAM dan kehendak ALLAH.
Seorang yang memakai cermin mata biru. Dia akan melihat semua dunia ini jadi biru. Jika hitam,semua nampak hitam.
Seorang peniaga melihat segalanya peluang untuk buat duit. Sehingga segalanya duit. Sehingga najis pun boleh jadi duit.
Nabi SAW melihat semua orang dan keliling asbab manusia datang kepada ALLAH dan Islam. Walaupun ketika Usamah b Zaid ra masih kecil, beliau berkulit hitam,rambut kerinting, aisyah rasa geli kerana hidungnya keluar hingus yang hijau.
Nabi SAW telah sedut hingus Usamah b Zaid RA dengan mulut Nabi SAW.
Siapa Usamah RA. ketika Nabi SAW wafat , ramai Nabi palsu dan orang murtad,rom parsi nak serang orang islam.
Asbab keputusan Abu bakr RA dan Usamah b zaid ra islam terus berkembang dan kembali sperti hidupnya Nabi SAW. Usamah ketika umur yang muda telah menjadi ketua jemaah orang islam
Kaca mata apa yang kita pakai? Semoga ALLAH ampunkan dosa kita semua
Masa terlalu pantas berlalu,semakin cepat dan cermat kita mengunakanan masa ,terasa semakin pantas
masa berlalu.Antara perkara yang sering diungkapkan oleh ahli motivasi untuk
seseorng itu berjaya maka perlulah bijak untuk mengurus masa.Timbul kata-kata nasihat
“jika anda gagal mengurus masa maka anda merancang untuk gagal”. Ia sesuatu
yang boleh dikatakan tepat.Namun pernahkah kita bertanya apakah definisi masa?
Dan apa itu masa? Berbagai definisi dikeluarkan namun masih gagal untuk
menjelaskan apa itu masa.Sekiranya kita beranggapan masa itu adalah 24jam,maka
itu bukanlah sesuatu definisi yang tepat kerana sekiranya saya menambah satu
lagi angka dalam sistem waktu sehingga menjadi 13,maka saya boleh mengubah
definisi masa iaitu 26jam dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan definisi
saya terhadap masa kerana saya telah mengubah jam saya supaya memiliki 13
nombor dan saya masih mengalami waktu siang dan malam seperti orang yang
menguna 12 nombur di jamnya.(sekirnya tidak faham baca sekali lagi sehingga faham).
Jadi apa sebenarnya masa?bagaimana masa itu bergerak? Dan
adakah masa berubah mengikut peredaran zaman?
Seorang pak cik lingkungan 50an pernah berkongsi kisah-kisah zaman beliau kecil,sangat
menyeronokkan kerana seperti terlalu banyak perbezaan antara zamannya dan
zamanku sewaktu kecil.Antara yang menarik yang cuba dikongsi ialah sewaktu
beliau belum bersekolah dia sentiasa membantu ibunya menghidupkan api
menggunakan kayu api yang dipunggut,apabila api telah dihidupkan dia akan
bermain sementara ibunya memasak mengunakan api tadi,selesai memasak dia dan
ibunya akan menghidangkan makanan sambil menunggu kepulangan abang dan kakaknya
dari sekolah untuk menjamu selera bersama.Selang beberapa waktu teknologi telah
berkembang maka dia tidak perlu lagi perlu mencari kayu api dan
bertungkus-lumus menghidupkan api kerana keluarganya telah memiliki dapur
minyak tanah yang tidak memerlukan kayu api lagi.Namun dia menjadi hairan
kerana sebelum memakai dapur minyak
tanah ibunya sempat menyediakan juadah sebelum abang dan kakaknya pulang dari
sekolah tetapi setelah menggunakan dapur minyak tanah, belum sempat ibunya
menyediakan juadah abang dan kakaknya telah pulang kerumah dan sempat menunggu
seketika untuk ibunya menyiapkan juadah.Dia menjadi hairan sepatutnya makin
banyak masa terluang kerana tidak perlu mencari kayu dan bersusah payah
menghidupkan api dengan memakan masa yang lama.Masa dirasakan semakin cepat
berlalu.
Begitu juga ayahku sering bercerita sewaktu beliau kecil dia
akan pergi ke sekolah berjalan kaki dan melalui jalan tanah merah.Sebelum pergi
sekolah beliau akan singgah ditepi parit dan mengambil biji teratai untuk
dimakan.Apabila balik sekolah pula beliau akan pergi memancing seketika,mandi
di parit dan mengulangkaji pelajaran.maka aku pun memerhati semula jarak rumah
arwah nenek dan sekolah rendah ayahku.Jaraknya bagiku sangat jauh dan meletihkan sekiranya hanya berjalan
kaki.aku menjadi hairan sewaktu aku bersekolah rendah aku menaiki basikal ke
sekolah namun tiada pula ada waktu untuk memancing dan sebagainya.
Sejauhmana bijak
manusia dan hebatnya teknologi yang dicipta untuk menjimatkan masa ia tetap
tidak akan berhasil kerana hakikat yang
memiliki dan mentadbir masa adalah ALLAH swt .Sekiranya ALLAHswt berkeinginan
memberi masa yang berkat kepada seseorang maka walau sejauh manapun teknologi
dari zamannya, ia akan tetap dapat mengisi masa dengan bermacam-macam perkara.
Saidina Othman radiallahanhu pernah mengkhatamkam Al-Quran dalam hanya satu malam dalam 2 rakaat solah
sunatnya.Sesuatu yang mustahil pada sudut akal untuk mengkhatamkan al-quran dalam
masa satu malam sahaja.Sekiranya pada
hari ini seorang yang paling cekap membaca al-quran membaca dengan pantas belum
tentu dapat mengkhatamkan Al-Quran dalam 1 malam,dan mustahil Saidina Othman
radiallahanhu akan membaca al-quran dengan tergesa-gesa,sudah semestinya tabiat
orang-orang soleh untuk membaca Al-Quran dengan tajwid dan tartil.
Keberkatan masa bergantung kepada hubungan antara seseorang dengan pencipta dan pentadbir masa
tersebut.Masa kita akan berlalu dan akan diisi oleh kita dengan berbagai-bagai himpuna
perasaan seperti gembira,sedih ,bahagia
sensara,dengki,cemburu,dendam,tertawa,tangis,bangga ,rendah
diri,cinta,rindu,benci,dan berbagai lagi.
Masa akan berlalu dan hanya membawa perasaan-perasaan
tersebut.Apabila telah tercipta sesuatu perasaan pada masa tertentu maka ia tidak
akan boleh dipadam semula.Sebagai contoh pada sekian “masa” anda berasa gembira
kerana bermain kambing bersama abang anda,perasaan tersebut akan terus terukir
masa tersebut dan walaupun telah bertahun-tahun berlalu sekiranya terkenangkan
“masa” tersebut pasti terukir kembali senyuman gembira kerana perasaan gembira
telah disimpan (save permanently) dalam masa tersebut.begitu juga sekiranya
pada sekian “masa” anda berasa sedih kerana kematian abang anda.maka perasaan
itu akan terus disimpan pada “masa”tersebut.sekiranya pada masa akan datang
anda sedang gembira namun secara tiba-tiba terimbau “masa” kematian abang
anda,kesedihan itu akan kembali berputik.
Oleh itu sangat penting untuk menyimpan perasaan yang baik
dalam kotak-kotak masa anda.perasaan yang baik tidaklah semestinya
gembira,bahagia,tertawa sahaja,namun
sedih ,cemburu,tangis juga akan menjadi perassan yang baik untuk disimpan dan
dikenang sekiranya ia adalah untuk agama islam.nabi MUHAMMAD saw sering
menangis,sedih,dan risau untuk umatnya kerana agama,namun Baginda saw telah
mengukir sejarah masa yang teragung dalam tamadun dunia,begitu juga halnya
pengikut2 Baginda saw yang ikhlas (sahabat2 radhialahanhum) telah mengalami
berbagai-bagai ujian kesedihan dan kemiskinan.namun masih tetap mengukir masa
yang terhebat yang mustahil dapat dibina oleh mana-mana kaum yang bertamadun
dalam sejarah manusia dan terus segar bernyawa hingga kini.ini kerana mereka
Berjaya mengukir “kotak masa “ mereka seiringan dengan islam dan perjuangan
islam.semoga ALLAH swt ukir masa kita masa yang dipenuhi dengan perasaan2 yang tercipta kerana islam…
Negara India terdapat
seorang perompak dan pembunuh handalan yang berjaya merompak dalam jumlah yang
sangat besar bahkan membunuh ratusan
orang dalam siri rompakanya.Suatu ketika pihak polis berjaya menangkapnya dan
hasil perbicaraan,dia telah dijatuhi hukuman mati mandatori. Disaat hari-hari
terakhirnya dia telah dipelawa oleh pegawai penjara untuk membuat satu
permintaan terakhir .maka dia telah membuat satu permintaan untuk bertemu
dengan ibunya.Permintaanya telah diterima lalu dia dibawa berjumpa dengan
ibunya.
Setelah kedua beranak bertemu maka si pencuri telah memberi isyarat kepada ibunya untuk mendekati kerana
dia ingin berbisik sesuatu kepadanya.Ketika ibunya merapatkan telinga
kearahnya,perompak itu terus mengigit telinga ibunya menyebabkan ibunya meraung
kesakitan.Mujur pegawai penjara berada disitu dan memukul si perompak itu
sehingga terlepas gigitanya itu,dengan nada menjerit pegawai itu memaki si
perompak sambil berkata “kau ni memang anak yang tak mengenang budi Hidup menyusahkan ibu kau,dah nak mati pun nak
susahkan ibu kau lagi!!!”. Si perompak itu terus menjawab “sebab perempuan
celaka ni la aku jadi macam ni !!”.pegawai menjadi hairan lalu bertanya kenapa
dia berkata sedemikian kepada ibu kandungnya.
Dengan nada teresak-esak si perompak itu menceritakan
bagaimana dia boleh mula merompak.
Dia seorang anak yatim yang kematian ayah sejak kecil.Oleh
itu dia dan ibunya hidup dengan penuh kemiskinan sejak kecil sehingga pada suatu masa dia
telah mencuri sebiji telur kerana terlalu lapar akibat sudah berhari tidak makan.Ketika membawa pulang telur ayam hasil curi. Dia pulang
kerumah.ibunya telah bertanya bagaimana dia telah mendapat telur ayam tersebut.
Maka dia telah mengaku mencuri telur ayam tersebut.ibunya hanya berdiam sambil
terus mengambil telur tersebut untuk dimasak lalu menjadi juadah mereka pada
hari tersebut. Si pencuri yang masih kecil itu terfikir ,kenapa ibuku tidak
memarahku,mungkin kerja mencuri ini tak salah.Kalau macam itu lebih baik aku
curi ayam yang lebih menguntungkan daripada
curi telur. Keesokannya dia telah
mencuri ayam dan ibunya tetap memberi TINDAK BALAS yang sama.Sehinggalah dia menjadi perompak
dan pembunuh handalan yang akhirnya bakal dihukum mati mandatori.
Tabiat dibina bergantung pada suasana persekitaran dan
jenis manusia yang paling banyak mendampingi kita ia mudah dan cepat dipupuk ,namun
amat sukar dan mengambil waktu yang lama untuk dihapus.Sekiranya anda ingin memiliki
sifat-sifat dan ciri-ciri penjenayah handalan,anda tidak akan mencapai tahap
penjenayah handalan walau hebat mana kajian anda terhadap cara-cara untuk
menjadi penjenayah selagi anda tidak bergaul dan melakukan jenayah bersama
penjenayah.Begitu juga untuk mencontohi Baginda SAW dan membawa keseluruhan kesempurnaan agama
dalam diri kita,tidak memadai dengan hanya membaca kitab-kitab dan video
agama,namun dengan sentiasa mendampingi ulama yang hak dan bersama mengikuti perjuangan mereka,merupakan jalan pintas
memiliki tabiat @akhlak Baginda SAW.
Kambing merupakan antara haiwan peliharaan yang sangat unik
kerana memiliki kenakalan dan kedegilan yang sangat tinggi.Selain itu ia merupakan antara haiwan
yang sangat sensitif dan akan memberi tindak
balas sekiranya dikasari. Seorang kenalan yang bergiat aktif dalam menternak
kambing pernah memberitahuku bahawa pernah sekali kerana terlalu marah terhadap
kambingnya yang terlalu degil, dia telah merejam kambing tersebut menggunakan
selipar jepunnya.Kesan daripada keganasan itu, kambingnya telah melakukan mogok
dengan enggan makan.Selang beberapa minggu kambing itu telah mati.
Sewaktu aku dibangku tadika,aku sering pergi ke tadika
bersama-sama abangku kerana berada di tadika yang sama.Kebiasaanya kami akan
berjalan kaki ke tadika bersama diawal pagi.Dalam perjalanan ke tadika kami
sering terserempak dengan kambing2 peliharaan jiran2.Oleh kerana abangkumerupakan
kanak2 yang nakal dia akan cuba memanjat kambing tersebut,namun usahanya
sentiasa gagal kerana sering ditanduk kambing tersebut sebelum sempat
menyentuhnya.Tidak berpuas hati dia telah mengajak rakan2 setadikanya
beramai-ramai untuk menumpaskan kambing tersebut,ternyata usahanya berjaya.Berbekalkan
bantuan beberapa rakannya dia dengan bangganya dapat memanjat kambing
tersebut.Kambing tersebut meronta2 dan mengembek dengan kuat sehingga didengari
oleh tuannya.Kami dihalau dan berciciran lari meninggalkan tempat tersebut .Selang
beberapa minggu, tidak kelihatan kambing itu lagi.Apabila ditanya kemana kambing
itu pergi maka dijawab anak tuan kambing itu,bahawa ayahnya telah
menyembelihnya kerana selepas insiden kami membulinya,kambing itu kelihatan
tidak bermaya dan menunjukkan tanda2 akan mati,maka segerelah
disembelih..mendengar jawapan itu kami tergelak kerana terasa mungkin kami
adalah punca utamanya.
Pernahkah anda terfikir hampir kesemua nabi-nabi
alaihimussallatuwassalam sebelum menerima tugas nubuwah pernah menjadi pengembala kambing. Kemungkinan
terdapat suatu bentuk tarbiyah dan latihan bagi membina jati diri yang begitu
sasa dalam diri mereka sebelum memikul tugas nubuwah yang jauh lebih berat.Kesemua
tugas dan maksud utama mereka dihantar ditengah-tengah jutaan manusia adalah
untuk memperkenalkan siapakah itu ALLAH swt.Manusia merupakan makhluk yang jauh
lebih degil,sensitif dan mudah terasa hati berbanding kambing.Oleh itu kesemua
para anbiya dilengkapi dengan ciri-ciri yang sempurna bagi menambat hati setiap
manusia untuk tunduk pada keagungan ALLAH swt .Sebagaimana kemahiran
sipengembala kambing mengawal ratusan kambing yang degil,sensitif, dan mudah
terasa hati bagi mengikut satu arahan.Sekiranya cara keganasan dan kekerasan
digunakan untuk membawa manusia kepada ALLAH swt maka nasib yang sama seperti
kambing akan menimpa jutaan manusia.Maha suci ALLAH menghantar utusan-utusanNya
yang terbaik yang sentiasa berhikmah dan
bijaksana mengembala umat manusia.
Suatu ketika nabi Musa
as telah ditugaskan untuk mengembala ratusan kambing,pernah terjadi
ketika Baginda mengira jumlah kambing peliharaannya terdapat kekurangan jumlah
asal.Maka apabila telah diamati dan diselidiki,baginda ternampak anak kambing
peliharaannya sedang berlari bersendirian meninggalkan kawanan kambing yang
lain.Baginda Musa as menjadi gusar akan keadaan anak kambing tersebut lalu
mengejarnya,kerana sedar akan bahaya yang bakal dialami oleh si anak kambing
tersebut kerana kambing yang bersendirian mudah diterkam serigala berbanding
sekumpulan kambing.Semakin dikejar semakin laju anak kambing itu berlari seolah-olah
cuba mempermainkan Baginda as,sehingga tiba dikawasan bersemak anak
kambing itu terus menyelusuk dan
menyelinap sehingga Baginda as terpaksa merangkak dan tertusuk duri-duri di
badan Baginda as.Namun akhirnya si anak kembing itu menjumpai jalan buntu dan
terhenti di satu sudut.Melihat keadaan itu nabi Musa as terus memeluk dan
mencium anak kambing tersebut sambil mengatakan sesuatu yang lahir dari jiwa
yang suci penuh ikhlas “wahai anak
kambing sekiranya kau tidak kesian diri aku tidak apalah tetapi kesianlah pada
diri kau.”bermula daripada saat itu nabi Musa AS menerima tugas nubuwah.
Seluruh para anbiya memiliki persamaan sifat iaitu inginkan
kebaikan untuk orang lain.Kebaikan yang paling tinggi adalah mengajak manusia
untuk cinta pada ALLAH swt kerana manfaat bukan sahaja didunia bahkan diakhirat
yang jauh lebuh indah dan bersifat kekal.