Negara India terdapat
seorang perompak dan pembunuh handalan yang berjaya merompak dalam jumlah yang
sangat besar bahkan membunuh ratusan
orang dalam siri rompakanya.Suatu ketika pihak polis berjaya menangkapnya dan
hasil perbicaraan,dia telah dijatuhi hukuman mati mandatori. Disaat hari-hari
terakhirnya dia telah dipelawa oleh pegawai penjara untuk membuat satu
permintaan terakhir .maka dia telah membuat satu permintaan untuk bertemu
dengan ibunya.Permintaanya telah diterima lalu dia dibawa berjumpa dengan
ibunya.
Setelah kedua beranak bertemu maka si pencuri telah memberi isyarat kepada ibunya untuk mendekati kerana
dia ingin berbisik sesuatu kepadanya.Ketika ibunya merapatkan telinga
kearahnya,perompak itu terus mengigit telinga ibunya menyebabkan ibunya meraung
kesakitan.Mujur pegawai penjara berada disitu dan memukul si perompak itu
sehingga terlepas gigitanya itu,dengan nada menjerit pegawai itu memaki si
perompak sambil berkata “kau ni memang anak yang tak mengenang budi Hidup menyusahkan ibu kau,dah nak mati pun nak
susahkan ibu kau lagi!!!”. Si perompak itu terus menjawab “sebab perempuan
celaka ni la aku jadi macam ni !!”.pegawai menjadi hairan lalu bertanya kenapa
dia berkata sedemikian kepada ibu kandungnya.
Dengan nada teresak-esak si perompak itu menceritakan
bagaimana dia boleh mula merompak.
Dia seorang anak yatim yang kematian ayah sejak kecil.Oleh
itu dia dan ibunya hidup dengan penuh kemiskinan sejak kecil sehingga pada suatu masa dia
telah mencuri sebiji telur kerana terlalu lapar akibat sudah berhari tidak makan.Ketika membawa pulang telur ayam hasil curi. Dia pulang
kerumah.ibunya telah bertanya bagaimana dia telah mendapat telur ayam tersebut.
Maka dia telah mengaku mencuri telur ayam tersebut.ibunya hanya berdiam sambil
terus mengambil telur tersebut untuk dimasak lalu menjadi juadah mereka pada
hari tersebut. Si pencuri yang masih kecil itu terfikir ,kenapa ibuku tidak
memarahku,mungkin kerja mencuri ini tak salah.Kalau macam itu lebih baik aku
curi ayam yang lebih menguntungkan daripada
curi telur. Keesokannya dia telah
mencuri ayam dan ibunya tetap memberi TINDAK BALAS yang sama.Sehinggalah dia menjadi perompak
dan pembunuh handalan yang akhirnya bakal dihukum mati mandatori.
Tabiat dibina bergantung pada suasana persekitaran dan
jenis manusia yang paling banyak mendampingi kita ia mudah dan cepat dipupuk ,namun
amat sukar dan mengambil waktu yang lama untuk dihapus.Sekiranya anda ingin memiliki
sifat-sifat dan ciri-ciri penjenayah handalan,anda tidak akan mencapai tahap
penjenayah handalan walau hebat mana kajian anda terhadap cara-cara untuk
menjadi penjenayah selagi anda tidak bergaul dan melakukan jenayah bersama
penjenayah.Begitu juga untuk mencontohi Baginda SAW dan membawa keseluruhan kesempurnaan agama
dalam diri kita,tidak memadai dengan hanya membaca kitab-kitab dan video
agama,namun dengan sentiasa mendampingi ulama yang hak dan bersama mengikuti perjuangan mereka,merupakan jalan pintas
memiliki tabiat @akhlak Baginda SAW.