PEMBACA BLOGKU

Bingkisan Kehidupan

Tuesday, November 22, 2011

-SYUKUR-





Syukur  boleh di ibaratkan sesuatu  natijah atau kesan pemberian suatu pihak kepada pihak yang lain.
Contoh mudah disini Yasin fitri memiliki seorang sahabat yang sangat rapat,satu ketika Yasin fitri telah berpeluang untuk keluar negara.sebagaimana kebiasaan orang yang keluar negara pasti akan membawa pulang buah tangan ataupun “ole-ole” dari negara yang dikunjungi dan sering kali hanya orang2 yang penting   sahaja yang tersenarai dalam senarai yang bakal menerima buah tangan tersebut kerana ia terhad dan sukar untuk dibawa pulang. Jadi oleh kerana Yasin fitri memiliki seorang sahabat yang sangat rapat dan penting dalam hidupnya ,maka dia telah membeli sehelai baju buatan tangan yang hanya terdapat di negara tersebut.
Setibanya ditanah air Yasin bergegas kerumah sahabatnya untuk memberi buah tangan yg istimewa buat sahabatnya yg teristimewa.Setelah sahabatnya menerima buah tangan tersebut mimip muka berubah seakan mempamerkan perasaan gembira melhat keadaan itu Yasin fitri turut sama gembira,setelah sahabatnya memakai pakaian itu sendiri ,ternyata saiz baju tersebut tepat dan sangat padan dengan susuk tubuh sahabatnya.Bertambah gembira sahabat tadi terus memuji-muji Yasin fitri,terasa suatu nikmat di kalbu Yasin fitri mendengar pujian bertalu-talu sahabatnya itu kepadanya.

Selang beberapa hari Yasin fitri kembali berkunjung kerumah sahabatnya itu,apabila ingin melangkah masuk kerumah sahabatnya dia terkejut melihat baju pemberianya tempoh hari telah dijadikan alas kaki.Melihat keadaan demikian Yasin fitri bertanya pada sahabatnya kenapa berbuat demikian, dengan tenang dan yakin sahabatnya menjawab aku “aku rasa corak dan kain ini sesuai untuk dijadikan lap kaki.”  Bergegar hati yasin mendengar jawapan sedemikian sambil berkata “tapi aku beli dan hadiahkan untuk kau pakai.” Sekali lagi dgn selamba sahabatnya menjawab “alah ko dah bagi jadi baju tu dah jadi kepunyaan aku,suka hati aku la nak guna macamana.”.mendengar jawapan itu Yasin fitri terus meninggalkan sahabatnya itu. Sejak peristiwa itu apabila keluar negara dia tidak lagi membelikan buah tangan untuk sahabatnya itu.

##################################################################################

Hak-hak syukur  tidak hanya tertunai dengan kita hanya memuji si pemberi atau pun menunjukkan expresi gembira pada wajah.Ia hanya dapat tertunai dengan hanya disertakan sekali penggunaan yang betul atau tepat pada barang yang diberi itu.

Kita tidak pernah membuat tempahan untuk memiliki sepasang tangan,sepasang kaki,sepasang telinga,sepasang mata,sepasang lubang hidung,dan mulut ketika dilahirkan. Kita juga tidak pernah menerima bil daripada syarikat oxygen negara atas berjuta-juta hirupan udara yang kita perolehi.jadi ini bermakna,semua benda itu telah diberi  atas dasar hadiah pada kita.Namun sedar tak sedar setiap hari kita telah melukakan hati si pemberi hadiah itu melalui penggunaan yang salah atas hadiah yang tidak ternilai itu.

Wednesday, August 24, 2011

--Moga Kita Lebih Menghargai Nikmat Kehidupan--



Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?
Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.
 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "Insya-Allah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.
13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?
Mak jawab, "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"
Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.
Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. 
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu adasurprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.
Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!" 
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."
Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
 Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.
Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
 

Tuesday, August 23, 2011

Pecutan Permulaan






      Di dalam acara larian pecut 100meter.pelari yang terbaik dilihat pada kekuatan henjutan permulaan,ketepatan ,dan kepekaan pada bunyi letupan insyarat permulaan. Bukan sahaja menjadi satu kelebihan buat pelari yang memiliki ciri-ciri tersebut bahkan menjadi pengukur kualiti seorang juara pecut.tidak hairan sekiranya apabila diperhatikan ulang tayang video  perlahan seorang jaguh acara pecut dimana kebanyakan mereka telah mendahului  atau memintas pelari lain adalah  seawal larian.jadi tidak hairan mengapa jurulatih acara pecut sering memberi  penekanan kepada atlet pecut agar mendapat momentum yang terbaik diawal  pecutan.

Namun tidak dinafikan faktor fizikal dan stamina merupakan antara faktor penyumbang terbesar bagi seorang jaguh pecut.faktor stamina diperolehi bukanlah melalui keturunan tetapi melalui individu itu sendiri.stamina bukan diperolehi ketika pertandingan namun telah dibina bertahun-tahun oleh seseorang atlet.namun menjadi suatu trend dimana acara pecut 100m didominasi  oleh bangsa berkulit hitam (mudah kata darah afrika).tidak perlu dipersoalakan mengapa kerana semua telah mengetahui jawapannya iaitu mereka memiliki kelebihan dan jurang yang sangat besar pada faktor fizikal. Susuk tubuh yang tinggi dan sasa membuatkan mereka sukar digugat oleh mana-mana bangsa.mungkin itu satu anugerah buat mereka.

Pecutan akhir.
 Suatu yang unik untuk acara pecut 100m adalah diakhir larian, dapat dilihat mereka berlari bersahaja di 10m terakhir,seolah-olah telah diketahui siapa pemenang di 10m akhir. Namun logik sekiranya sudah diketahui kerana tiada apa yang boleh dilakukan di 10m terakhir melainkan meneruskan momentum yang sedia ada.




Penghujung Ramadhan.
 Sedar tak sedar ramadhan akan berlalu meninggalkan kita.ini bermakana pertandingan  dengan musuh tradisi  (syaitan) akan kembali berlangsung.musuh yang sangat bijak dan memiliki pengalaman dan taktik yang banyak untuk menewaskan lawannya. Seorang juara bukanlah dilihat dipermulaan tetapi dipenghujungnya,namun permulaan yang baik adalah antara faktor penentu dimana kedudukan kita dipenghujung. Mudah-mudahan selama sebulan latihan bersama jurulatih ramadhan dapat membina stamina iman yang kukuh untuk 11bulan perlawanan,dan mohon agar diberikan fizikal agama (spirits or religions) yang sasa untuk menjadi kelebihan disepanjang perlawanan dan digeruni lawan.seterusnya dapat istiqomah dengan rentak momentum yang sedia ada hingga penghujung kehidupan.





Monday, August 15, 2011

-MASALAH-





Setiap manusia tidak terlepas daripada masalah.jika mengikut konsep islam ia dinamakan ujian daripada Allah swt buat hambaNYA.Cuma uniknya sistem Allah,kejayaan bukan diukur sejauh mana kita dapat menyelesaikan masalah itu,tetapi sejauh mana pergantungan,pengharapan,dan keyakinan kita padaNYA. Rest of that, ALLAH will solve your problem.

Pernahkah anda terfikir drpd mana virus komputer anda muncul dan siapa penciptanya??
Jawapanya  mudah anda pergi kedai komputer atau download antivirus. Si pembuat antivirus itulah yang mencipta virus,tiada mana-mana computer programmer yg mampu menghapuskan virus kecuali si pembuat virus.

Jadi kesimpulannya ialah si pembuat masalah sahaja yang mampu untuk menyelesaikan masalah itu. 
Betul ??

Contoh seorang pelajar yang sangat degil, sering buat masalah disekolah,bermacam –macam usaha dan ikhtiar telah dilakukan oleh ibubapa,guru,dan rakan-rakanya.merotan,membelasah,memulau,hantar kursus motivasi,tetapi keadaan tetap tidak berubah,masih tetap bermasalah.jadi masalah utama adalah pelajar itu sendiri kerana tidak mahu berubah dari menimbulkan masalah,sekiranya dia mengambil keputusan untuk berubah maka tiada  masalah lagi.

Tetapi Persoalanya adakah segala masalah kehidupan kita hari ini datang dari Allah swt??

YA

kenapa?? Bukankah ALLAH bersifat pengasih dan penyayang.

Supaya hubungan kita dgn pencipta sentiasa diperbaharui dan terbina
Apabila sampai satu tahap dimana tiada siapa yang kita rasa dapat menyelesaikan  masalah maka diakhirnya semua akan kembali pada tuhan,kerana hanya pencipta masalah sahaja yang dapat menyelesaikan masalah

.
Kisah benar orang yang Berjaya

Nabi Ayub as seorang insan yang diberi berbagai-bagai nikmat dalam kehidupanya. Kehidupan yang mewah,isteri yang cantik,dan anak-anak yg ramai.bertahun-tahun Baginda hidup didalam hidup penuh kenikmatan.namum seketika ALLAH SWT mengujinya kematian anak-anaknya,penyakit kulit yang begitu teruk yang menyebabkan isrteri Baginda meninggalkanya. Selama 70tahun Baginda hidup dalam keadaan sedemikian.namun hasil hubungan dan tawajuh yang tinggi maka datanglah bantuan ALLAH.sekelip mata kehidupanya kembali kepada asal. Apabila ditanya bagaimana keadaan beliau ketika diuji.
Jawapan  insan yang Berjaya
Saat itulah yang paling bahagia dalam hidupku,kerana setiap hari ALLAH swt menyampaikan salam kepadaku dan bertany “wahai ayub,bagaimana keadaan kamu pada hari ini ?”.

Tuesday, August 9, 2011

-BERIKAN AKU RINDU-


Di zaman Rasulullah S.A.W, tinggal  seorang lelaki bersama anaknya kecilnya Basyir. Disebabkan Basyir merupakan anak kesayangannya,kemana sahaja pergi Basyir akan bersama ayahnya. Basyir terlalu sayang dan cinta pada ayahnya.

 Suatu hari bergema seruan jihad,malam itu ayahnya berkata bahawa mereka akan terpisah lama,kerana Basyir terlalu muda di tidak dapat turut serta. Basyir terlalu sedih sehinggakan beliau telah mengikat kakinya bersama ayahnya agar mereka tidak terpisah. Subuh, ayahnya perlahan-lahan meleraikan ikatan dikaki tanpa disedari Basyir lalu terus menyertai jihad. Sedar daripada lamunan Basyir menyedari ayahnya tiada disisi.Beliau terus menangis semahu mungkin.

 Setiap hari beliau menanti kepulangan ayahnya diperbatasan.hari demi hari dan berbulan telah  berlalu.Basyir tetap menanti dengan penuh kesetian,sehinggalah suatu hari pulang pasukan jihad. Senyuman Basyir kembali terukir,sambil berlari-lari mencari kelibat ayahnya yang dirindui. Namun tidak kelihatan juga. Basyir bertanya kepada mereka tentang ayahnya namun tiada jawapan yg diperolehi.
Kerana terlalu sedih dan simpati kepada Basyir, mereka tidak mampu menyampaikan berita kesyahidan ayahnya. Basyir terus menanti dan menanti.sehinga berita ini sampai kepada Rasulullah SAW. lalu Baginda SAW sendiri bertemu Basyir.mendenagr berita tersebut,basyir terus menangis semahunya,melihat keadaan itu Baginda SAW memujuknya. Wahai Basyir ayahmu telah tiada namun anggaplah aku sebagai ayahmu dan AISYAH radia.huma sebagai ibumu.



Sunday, May 1, 2011

Hamba Cinta




Kita sering mengaitkan cinta dengan remaja iaitu perasaan kasih antara teruna dan dara. Walhal sebenarnya definisi cinta tidaklah sesempit itu. Bila dibariskan sekumpulan pujangga untuk mendefinasikan maksud cinta maka anda tidak akan menjumpai definisi yg sama. Namun dengan perkataan yg berbeza mereka akan cuba sampaikan anda kepada maksud cinta. Memang perkara yg sukar untuk mengubah bentuk perasaan kepada bentuk perkataan, kerana cinta itu adalah perasaan maka untuk ubahkan perasaan cinta dalam perkataan sebenarnya sesuatu yg mustahil.


Tidak kira apapun definasi cinta. Tapi siapa yg sedar akan momentum dan keajaiban yg dimiliki oleh cinta ?. Cinta juga sebenarnya makhluk ciptaan ALLAH s.w.t yg diserapkan didalam hati seseorang, kesannya seumpama bius ataupun ubat tahan sakit yg memampukan seseorang mencapai apa yg dingininya walaupun kelihatan mustahil. Melalui perantaraan cinta sesebuah kerajaan boleh dibina dan dihancurkan dalam sekelip mata, tabiat buruk atau baik juga dibina asbab cinta. Maruah,harta dan diri juga boleh dikorbankan kerana cinta.

Bagaimana boleh ada cinta.

Bibit-bibit cinta bemula dengan perkenalan tiada perkenalan tiadalah cinta, melalui perkenalan juga akan mekar perasaan cinta bila mengetahui kebagusan atau kebaikan yg ada dlm perkenalan itu. Natijah apabila ditawan oleh perasaan cinta,maka tidak cukup dengan menyintai perkara itu bahkan semua perkara yg ada hubung-kait dgn yg dicintai juga akan turut dicintai. Maka bermula dari saat itu seluruh fikiran, tenaga ,dan usaha akan disalurkan tanpa paksa bagi memiliki apa yg dicintai itu seumpama hamba yg tidak bergaji. Tidak kira berapa tajam dan dalam duri yg bakal ditusuk, matlamat cinta tidak akan terjejas. Pada saat itu siapa jua yg menghalang walaupun sebelum ini ia adalah sahabat rapat akan berubah nama kepada musuh.


Sasarkan cinta dgn sasaran yg tepat.

Oleh itu sangat penting untuk mensasarkan cinta anda pada sasaran yg tepat dan tidak merugikan anak panah anda. Sasaran cinta yg paling tepat ialah ibu segala cinta, bila anda memiliki si ibu maka automatik anak-anaknya akan mengikuti anda. Ibu segala cinta tidak lain dan tidak bukan yang memiliki gelaran YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG. Burulah cintaNya walaupun kelihatan mustahil, untuk memburunya anda perlulah melalui fasa-fasa cinta iaitu perkenalan dan seterusnya memerhatikan segala kebagusan yg ada padaNya. Jangan sesekali mencari kekurangaNya kerana sekiranya anda mencari juga anda akan mendapati kekurangan yg ada pada diri anda dan automatik anda akan gagal mencintaiNya. Sekiranya anda telah berjaya melalui fasa-fasa tadi dan mula terasa bibit-bibit awal perasaan cinta anda padaNya,jangan biarkan cinta anda layu dan mekarkanlah ia dgn terus menerus mengenali dan memerhati kebagusan yg ada padaNya, terbaiknya anda cuba cari dan melaksanakan perkara yg menyukakaNYA nescaya bertambah perasaan cinta anda padaNya.sekiranya anda telah diselubungi cintaNya cuba anda selami pula cintaNya pada anda,nescaya anda akan mendapati bahawa DIA telah mencintai anda lebih dahulu berbanding anda mencintaiNya. Dengan itu anda akan menjadi HAMBA CINTANYA tanpa dipaksa. Sungguh indah sistem hambaNYA. Hamba yg tidak pernah menderita,terpaksa ,dan terseksa dengan apa yg dilakukannya yg ada hanya keseronokan,kebahagiaan,dan kenikmatan . Jadi sudikah anda menjadi HAMBA CINTANYA???.

Pasukan Kita Kalah




Sesebuah pasukan selalunya didefinasikan sebagai sekelompok manusia yg berjuang bersama-sama bg mencapai atau merealisasikan sesuatu matlamat. Kekuatan sebuah pasukan dapat dinilai dengan memerhati ahli atau individu yg ada dalam sesebuah pasukan,semakin ramai individu yg berketerampilan dan berkotmitmen tinggi untuk mencapai sesuatu matlamt dalam pasukan,semakin hebat pasukan itu dan secara tidak langsung menggerunkan pasukan musuh yg ingin menghadapi pasukan itu.

Namun kebanjiran individu yg hebat dlm sesuatu pasukan bukanlah syarat utama bagi merealisasikan matlamat pasukan. Mudah diperhati dalam sesebuah pasukan bola sepak,walaupun sesebuah pasukan itu memiliki ramai pemain bertaraf bintang dan digeruni lawan, terkadang rebah juga dikaki pasukan yg entah tidak tahu darimana asal-usulnya. Jadi disini terbukti matlamat bukan hanya boleh dicapai oleh pasukan yg memiliki individu yg hebat. Tetapi tidak dinafikan bahawa dengan memiliki individu yg hebat dalam sesuatu pasukan memudahkan mereka mencapai matlamat yg diburu. Sekiranya diperhatikan, pasukan yg berjaya mencapai matlamat seringkali memiliki individu yg komitet dan faham bagaimana cara untuknya memainkan perananya dlm pasukan. Cuba anda bayangkan sekiranya pemain yg ditugaskan dibarisan pertahanan cuba mengambil alih kerja dibarisan serangan dan individu dibarisan serangan pula cuba mengambil alih kedudukan di jentera pertahanan.walaupun matlamat mereka betul iaitu menjaringkan Gol dan mempertahankan gawang daripada dibolosi,namun kerana tersalah memainkan posisi walaupun mereka individu handalan sebenarnya telah membuka ruang kelemahan pasukan kepada pihak lawan, secara tidak langsung pasukan itu akan hilang persefahaman dan kelang-kabut apabila diserang pihak lawan.

Pasukan Islam
Begitu juga pasukan islam. Hari ini bukanlah pasukan ini ketandusan pemain-pemain yg berbisa, bahkan sesetengah pemain pasukan ini cukup digeruni oleh mana-mana lawan yg cuba menghalang matlamatnya. Namun disebabkan tiada persefahaman dalam pasukan ini, maka variasi serangan yg cukup indah gagal dibina. Pasukan ini memiliki ahli yg paling ramai,namun terlalu banyak pertelingkahan dan percanggahan pendapat. Barisan penyerang (ulama) mereka sering disalahkan kerana ketumpulan serangan,walhal hanya mereka yg paling arif bagaimana cara menggunakan formasi yg terbaik menghadapi lawan yg berbeza-beza. Oleh kerana itu arahan jentera serangan (ulama-ulama) tidak lagi didengar oleh pasukan pertahanan(orang2 muslim),sehinggakan mereka yg tidak arif dan tidak tahu cara menyerang mengambil alih posisi penyerang. Akhirnya pasukan ini tersungkur hina dihadapan pasukan –pasukan yg lemah. Lebih malang sebab kekalahan pertama tidak dijadikan pengajaran, mereka terus menerus menggunakan taktik yg sama sehingga terus-menerus tersungkur dihadapan musuh yg sama.