PEMBACA BLOGKU

Bingkisan Kehidupan

Sunday, May 1, 2011

Hamba Cinta




Kita sering mengaitkan cinta dengan remaja iaitu perasaan kasih antara teruna dan dara. Walhal sebenarnya definisi cinta tidaklah sesempit itu. Bila dibariskan sekumpulan pujangga untuk mendefinasikan maksud cinta maka anda tidak akan menjumpai definisi yg sama. Namun dengan perkataan yg berbeza mereka akan cuba sampaikan anda kepada maksud cinta. Memang perkara yg sukar untuk mengubah bentuk perasaan kepada bentuk perkataan, kerana cinta itu adalah perasaan maka untuk ubahkan perasaan cinta dalam perkataan sebenarnya sesuatu yg mustahil.


Tidak kira apapun definasi cinta. Tapi siapa yg sedar akan momentum dan keajaiban yg dimiliki oleh cinta ?. Cinta juga sebenarnya makhluk ciptaan ALLAH s.w.t yg diserapkan didalam hati seseorang, kesannya seumpama bius ataupun ubat tahan sakit yg memampukan seseorang mencapai apa yg dingininya walaupun kelihatan mustahil. Melalui perantaraan cinta sesebuah kerajaan boleh dibina dan dihancurkan dalam sekelip mata, tabiat buruk atau baik juga dibina asbab cinta. Maruah,harta dan diri juga boleh dikorbankan kerana cinta.

Bagaimana boleh ada cinta.

Bibit-bibit cinta bemula dengan perkenalan tiada perkenalan tiadalah cinta, melalui perkenalan juga akan mekar perasaan cinta bila mengetahui kebagusan atau kebaikan yg ada dlm perkenalan itu. Natijah apabila ditawan oleh perasaan cinta,maka tidak cukup dengan menyintai perkara itu bahkan semua perkara yg ada hubung-kait dgn yg dicintai juga akan turut dicintai. Maka bermula dari saat itu seluruh fikiran, tenaga ,dan usaha akan disalurkan tanpa paksa bagi memiliki apa yg dicintai itu seumpama hamba yg tidak bergaji. Tidak kira berapa tajam dan dalam duri yg bakal ditusuk, matlamat cinta tidak akan terjejas. Pada saat itu siapa jua yg menghalang walaupun sebelum ini ia adalah sahabat rapat akan berubah nama kepada musuh.


Sasarkan cinta dgn sasaran yg tepat.

Oleh itu sangat penting untuk mensasarkan cinta anda pada sasaran yg tepat dan tidak merugikan anak panah anda. Sasaran cinta yg paling tepat ialah ibu segala cinta, bila anda memiliki si ibu maka automatik anak-anaknya akan mengikuti anda. Ibu segala cinta tidak lain dan tidak bukan yang memiliki gelaran YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG. Burulah cintaNya walaupun kelihatan mustahil, untuk memburunya anda perlulah melalui fasa-fasa cinta iaitu perkenalan dan seterusnya memerhatikan segala kebagusan yg ada padaNya. Jangan sesekali mencari kekurangaNya kerana sekiranya anda mencari juga anda akan mendapati kekurangan yg ada pada diri anda dan automatik anda akan gagal mencintaiNya. Sekiranya anda telah berjaya melalui fasa-fasa tadi dan mula terasa bibit-bibit awal perasaan cinta anda padaNya,jangan biarkan cinta anda layu dan mekarkanlah ia dgn terus menerus mengenali dan memerhati kebagusan yg ada padaNya, terbaiknya anda cuba cari dan melaksanakan perkara yg menyukakaNYA nescaya bertambah perasaan cinta anda padaNya.sekiranya anda telah diselubungi cintaNya cuba anda selami pula cintaNya pada anda,nescaya anda akan mendapati bahawa DIA telah mencintai anda lebih dahulu berbanding anda mencintaiNya. Dengan itu anda akan menjadi HAMBA CINTANYA tanpa dipaksa. Sungguh indah sistem hambaNYA. Hamba yg tidak pernah menderita,terpaksa ,dan terseksa dengan apa yg dilakukannya yg ada hanya keseronokan,kebahagiaan,dan kenikmatan . Jadi sudikah anda menjadi HAMBA CINTANYA???.

No comments:

Post a Comment