Satu
masa Aisyah ditanya dimanakah Nabi SAW menyimpan pakaian?
Maka
jawab Aisyah Nabi SAW tidak berpeluang untuk menyimpan dalam almari dan peti.
itu hanya untuk orang ada banyak pakaian. Nabi Hanya ada 2 pakaian sahaja. Satu
basuh dan satu dipakai.
Satu
masa Bilal RA dan sahabat menunggu Nabi SAW untuk solat. Tetapi Nabi SAW tidak
keluar lagi. Maka Bilal memanggil Nabi SAW. Maka jawab Aisyah RA, demi ALLAH
sesungguhnya, Nabi SAW menunggu pakaiannya untuk kering.
Lihat
seorang kekasih ALLAH. bagaimana dengan kita? Malah kita memandang rendah pada
orang yang berpakaian agak kurang berjenama dan tidak pandai bergaya.
Kenapa
begitu?
Adakah
seorang yang ada rumah besar banglo, kereta besar mewah, pakaian yang mahal dan
berjenama, makanan yang sedap-sedap, pangkat besar-besar akan masuk syurga
teratas nanti kerana benda ini?
Adakah
seorang yang miskin, rumah pondok, baju buruk, makanan tiada, kerja buruh kasar,
akan masuk neraka paling dalam kerana ini?
Bukan
begitukan? janganlah kita diperdaya dalam dunia ini. Wahai hati tengoklah
dalam-dalam dan sejelasnya.
Jika
harta,pakaian, rumah dan kenderaan jadi ukuran pastinya Nabi Muhammad SAW akan
merasai dan mengecapi semua ini dahulu dari orang lain.
Janganlah
kita ditipu dunia ini sehingga melupakan akhirat kita. Masa akan berlalu bagi
semua orang walaupun dia tinggal dibawah jambatan sekalipun, dalam istana
sekali pun. Masa ini akan berlalu.
Ingatan
untuk diriku ini yang lupa janganlah diperdaya oleh dunia ini. Wahai ALLAH
ampunkan dosa-dosaku ini.
entri yang menari..ya..Rasulullah lah sebaik2 ikutan..sungguh xde yang paling terbaik..
ReplyDeletedunia hanya jambatan ke akhirat..
truskan menulis untuk agama..insyaAllah:)
amin..semoga kita terus mencintai Baginda SAW..
DeleteSubhanAllah...sangat terkesan membaca entry kali ini...moga menjadi teguran dan peringatan buat diri yang alpa lagi lemah...betapa zuhudnya Rasulullah...Rasulullah merupakan contoh sebaik umat...
ReplyDeleteinsyaAllah..moga Allah swt beri kita taufiq utk mnjadikan Baginda SAW contoh teladan sepanjang zaman.amin.
Deletemiskin di dunia bukan kegagalan kerana dunia bukan kehidupan..
ReplyDeleteorang alim berkata, "bilakah kehidupan?? kehidupan bermula sebaik sahaja kita mati..."
btw, nice entry.. syukran.. (",)
kita semua tahu dunia ini sementara,xpi kita masih takut kesusahan dunia mngatasi ksusahan akhirat..doakan sy agar lebih mengutamakan akhirat..jazakallah fuad ansari..
Delete