PEMBACA BLOGKU

Bingkisan Kehidupan

Friday, April 8, 2011

--MANA YANG MEMBANGGAKAN--

Di sebuah taman perumahan yang kebanyakanya dihuni golongan elit.
ALLAHUAKBAR……..ALLAHUAKBAR!!!!!
Berkumandang seruan memecah gempita alam semesta, si penyeru seruan kearah kedamaian
Antara Tuhan semesta alam dgn hambaNya yg dikasihi…
Tidak ramai yang mampu menyambut belaian manja di sebalik  si penyeru.

   Di sebuah surau Al-Munawwarah , Lorong Sheikh Afiq Syauqi.  Terdapat beberapa insan yg terpilih untuk sujud seketika mengabdikan diri pada yg memiliki segala-galanya.Di waktu zohor tidak ramai yg mampu utk melepaskan kesibukan mencari keperluan harian demi tunduk kepada Pemberi segala keperluan.
 Selesai berdoa masing-masing kembali kepada kesibukan masing-masing. Namun ada juga yg mengambil kesempatan ini utk bertegur sapa dan berbual mesra.

Prof Zainal : assalamualaikum, Hj ni imam 1  disini?
Imam : ya saya, ada ape yg boleh saya bantu?
Prof Zainal: takde ape Cuma saya baru berpindah di sini saja nak kenal2…
Imam : erm,nama encik ni sapa? Kerja dimana?
Prof Zainal : owh,maaf lupa nak perkenalkan diri. Saya zainal dulu saya mengajar di Universiti         
Sains Malaysia.tapi sekarang ni dah pencen.tu yg beli rumah kat sini. Aarh….Hj ni dah lama jadi imam disini?
Imam :owh, macam tu.takde lama sgt baru 2 tahun,lepas pencen di JAIS.saya terus bertugas secara sukarela disini.kamu ni brape orng anak?
Prof Zainal : Alhamdulillah 6orang.  Hj berapa orang anak? Mesti dah kerja semua?
Imam :  saya ada 7 orng anak. Alhamdulillah semua Berjaya, yg sulong perempuan sekarang ni bertugas di HBKL sebagai Doktor pakar, yg ke-2 pula Accauntant dekat Australia setahun sekali balik Malaysia, yg ke-3 pula Jurutera minyak dekat Abu Dhabi gaji sebulan USD 1000000,yg ke-4 jadi programmer computer dekat syarikat DELL di UK, ke-5 buat business dekat Pakistan jual beras je tapi di jutawan, ke-6 pula Peguam Negara dia memang dari sekolah pandai berdebat tu yg jadi peguam.last sekali mcm kamu jugak jadi pensyarah dekat Uitm sekarang ni dah bergelar professor ,muda lagi dapat professor. Alhamdulillah anak2 saya semua berjaya. Saya bangga dapat anak seperti mereka,saya bersyukur dikurniakan anak seperti mereka.. Hah anak awak mcmana pula?
Prof Zainal : Alhamdulillah, anak-anak saya biasa2 sahaja.
Imam :  anak- anak kamu kerja ape sekarang?
Prof Zainal : Yg sulong lelaki belajar pondok pasir tumbuk je, tapi sekarang mengajar di Madrasah as-soffa,ke-2 perempuan tapi dia Hafaz quran sekarang ni dah berkahwin kerjanya suri rumah tangga,yg ke-3 lelaki belajar alim 7 tahun di Indonesia,Alhamdulillah dia pakar dalam keempat-empat mazhab. Ke-4 pun lelaki yg ni sy suruh dia pelajari hadith,Alhamdulillah hampir kesemua hadith riwayat Bukhari dan Muslim mampu di syarahkan. Yg ke-5 pula perempuan,alhamdulillah dia pun alimah. Yg ke-6 pula sekarang ni bertugas di Majlis Fatwa kebangsaan. Tapi yg bongsu paling sy sayang, dia hafaz Quran dan Allah beri dia kelebihan dlm tafsir Al-quran. . Alhamdulillah anak2 saya semua berjaya. Saya bangga dapat anak seperti mereka,danbersyukur dikurniakan anak seperti mereka..

No comments:

Post a Comment