PEMBACA BLOGKU

Bingkisan Kehidupan

Wednesday, April 20, 2011

Tiba Masanya




Tiba masanya untuk hati ini tunduk selepas kian lama mendabik dada melupakan keagunganMu.

Tiba masanya untuk menyerahkan segala keinginan diri ini padaMu kerana segala keinginan diri ini telah disempurnakanMu.

Tiba masanya untuk menyerahkan segala yang ku miliki padaMu kerana segala yang ku miliki adalah kepunyaanMU.

Tiba masanya membayar cintaMu meskipun cintaMu tidak mampu dibayar walaupun mengumpulkan segala bentuk cinta dimuka bumi ini kerana DIKAULAH pencetus segala perasaan cinta.

Tiba masanya kuluahkan kasih padaMu meskipun kasihMU lebih tinggi daripada bait-bait cintaku.

Tiba masanya untuk lebih peka tentang kehadiranMu meskipun tiap detik Zat-Mu memerhatikanku.

Tiba masanya untuk alirkan airmata sederas mungkin kerana terlalu banyak hajatku ditunaikanMu, namun sedikit pun ku tak mampu meraih kegembiraanMu.

Tiba masanya untuk berhenti memburu melainkan memburu keredhaanMU.

No comments:

Post a Comment