PEMBACA BLOGKU

Bingkisan Kehidupan

Wednesday, April 6, 2011

***SEMUA SALAH***

            Seorang pak cik  bernama Al- Fayyadh bersama anaknya Abdul khalidbullah bermusafir dengan menunggang seekor keldai. Setibanya di perkampungan pertama mereka terdengar bisikan  penduduk disitu. “apalah dorang ni,zalim betul,dah la keldai tu kurus ,sekali dua orang naik.”Terdengar perbualan itu si bapa pun turun dari keldai dan membiarkan anaknya seorang sahaja yg menunggangi keldai itu sambil si bapa hanya berjalan kaki. Singgah di kampung kedua,terdengar pula perbualan dari penduduk disana ,namun dengan dialog yg berbeza, “issh budak tu memang betul2 derhaka la, ade ke patut di yg tunggang keldai tu dan ayahnya yang tua tu berjalan kaki.” Maka sekali lagi mereka mengubah posisi bagi mengelakan kata2 yg tidak enak terpalit pada diri mereka, kali ini si bapa pula yang menunggang keldai secara bersendirian sambil si anak hanya berjalan kaki. Setiba di kampung ketiga sekali lagi terdengar umpatan mengenai mereka “eh, tengok orang tua x sedar diri, ada ke patut dia yang tunggang keldai tu dan biarkan anak kecilnya berjalan kaki,memang teruk betul,xde sifat2 belas kasihan pada yang muda.” Akhirnya mereka menggunakan posisi terakhir dengan beranggapan selapas ini tiada siapa yg akan mengatakan sesuatu yg x elok kepada mereka. Setelah  ketiga-tiga posisi tidak terlepas dari umpatan manusia mereka mengubah kepada posisi seterusnya,kali ini si bapa dan si anak ,kedua-duanya memikul keldai tadi dibahu mereka. Setibanya di kampung keempat semua penduduk kampung memerhati dengan pandangan penuh kaget. Mereka berdua mengangap kali ini mungkin tiada siapa yg akan memperkatan sesuatu yg xbaik pada mereka. Namun angapan mereka meleset, setibanya di hujung kampung,sekumpulan kanak-kanak nakal melempar batu2 kecil kearah mereka sambil berteriak “woi orang gila, patut manusia yg tunggang keldai xpi keldai pulak yg tunggang manusia.”Si bapa dan anaknya segera beredar dari kampung itu. Selepas terlepas dari lontaran batu si bapa bertanya pada anaknya “Khalid, ayah pelik la semua cara dah ayah gunakan utk sukakan semua orang xpi gagal juga, ape yg patut ayah buat sebenarnya?”. Si anak menjawab mudah “entahla , memang salah kita .” “kenapa salah kita pulak ?”. ”yela kita asyik nak suka kn semua orang sedangkn semua orang suka perkara yg berbeza2”. “betul juga,jadi?” . “apakata kita suka kn Si Pencipta suka, sebab kalau kita Berjaya  suka kn Si Pencipta suka kita akan dapat kunci segala suka,jadi kita akan memiliki segala yg manusia suka dan suka kn mereka.”

No comments:

Post a Comment